28 November 2008

PRISON BREAK SEASON 4..MAKIN DRAMATIK


Aku sarankan kowang nengoklah citer nie. Daripada kowang layan drama2 melayu yg ntah apa tujuannya aku pun tak tau. Asyik2 anak derhaka, cinta tak kesampaian kalau sampai pun mesti ada halangan, lagi lak tu sampai beratus2 episod. Tu pun ada yg layan. Budaya supaya org bersedih berfikir yg bukan2..rubbish! Pastu menari suami isteri ambik duit sms. Lari topik nie..emmm!!

Prison Break yg saper-saper pernah tengok sudah pasti tau kehebatan cerita nie.

Sampai aku nak type pun tak bole nie sebab aku ngantuk. Sebab semalam nengok bola Liverpool vs Marseille. Menang 1-0 tak sia-sia aku berjaga.

Episode 10 Prison Break kali nie bagi aku paling mencabar umpama "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"..Walaupun mat salleh kat saner tak pernah tanam padi.

Akhir sekali pada para2 komen dlm blog aku nie aku ucapkan " Maceh banyak-banyak " teruskan usaha kowang mengomen walaupun tak ramai tapi yg sedikit tulah penawar bagi segala-galanya. Yang tak komen tapi membaca saja pun umpama memberi udara untuk aku bernafas.

Lebih baik aku tido seblom aku meracau tak tentu pasal....Heh!

Regular Damn Kid
"Barakat Salamat"

4 comments:

Anonymous said...

ko baru layan episod 10 ke ? skang dah episod 12 dah. episod 13 next week, pahtu tunggu bulan 1 next year lak. aku tak sabar² nak nengok ep 13 nih. jalan citer makin menyeronokkan dan meresahkan jiwa.adehh!

K-ReXz said...

yer ker 12 ker aku silap type lah tu....aku pun tak sabar tunggu next week nie...

Pakcik Luar Otak said...

Dulu aku rajin follow cerita ni. Tapi selepas mendapati terlampau banyak dugaan yang hero, abang hero, dan anak saudara hero, dan oh, awek hero, yang kadang-kadang sampai tak logik dan menyesakkan otak, aku dan kawan-kawan seperlepakan bersepakat mencaci cerita ini. Dan kami dah stop follow. Kami sekarang lebih banyak menghabiskan masa pada kerja, freelancing, dan mengasah skil masing-masing secara konsisten. Daripada penat kepala mengadap cerita yang tak memberi impak pada kita secara langsung, lebih baik penat kepala menaikkan nilai dan skil diri.

Itu cuma pendapat aku. Suka, ambil. Sangat suka, cium. Tak suka, buat tak tau. Buat-buat tak suka, tegur.

K-ReXz said...

aku terima dengan hati tertutup...kakakaka!