23 February 2009

KESEMPATAN DALAM KEGAWATAN...

Dalam tahun nie banyak rakan-rakan kita yang bekerja di kilang diberhentikan kerja. Kesian dalam kegawatan ekonomi global nie ramai yang merana. Kerja kilang dahlah gaji tak baper besar nak menyara anak bini yang harga barang sekarang nie tak turun-turun.

Aku bukan apa cuma nampak macam ada beberapa pihak mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi nie. Padahal sebelum gawat pun cakap susahlah tak untunglah padahal tak gawat pun. Ada aku dengar satu cerita kawan aku punya kawan punya kawan gaji yer RM4000. Banyak betul gaji dia nie. Tahun nie syarikat dia telah memotong gaji separuh atas alasan kegawatan ekonomi. So gaji dia jadik RM2000. Still banyak lagi tu...masaalah yer sekang nie bill-bil dia nie semua yer auto debit jumlah keseluruhan yer lebih kuranglah RM1900. Kowang bayangkanlah baper tinggal duit dia kat bank. Nak makan pun payah wooo. Tapi ok lagilah sebab tak kena buang keje lagi dah kira ok bole lagi bayar bill.

Pada syarikat-syarikat yang besar-besar janganlah mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi nie. Tuhan tau ko mampu ke tak. Kalau ok cakap ok kat staff jangan tekan lagi staff yang memang tertekan. Nie siap mengambil tindakan yang bukan2 kecik punya hal pun nak bersurat tunjuk sebab. Ko senang pun disebabkan orang bawahan yang buat keje. Tapi yang kecoh nie pun balaci-balaci kaki bodek yang berlagak power makan gaji buta tuli. (emo skit) Tapi yang aku heran nie sesetengah syarikat yang katanya bisnes teruk duit tak der, tapi beli barangan syarikat sampai setengah juta ader lak duit yer. Padahal tak penting pun..kadang2 tak pakai pun.

Teringat aku pada kisah di syarikat lama aku bekerja 10 tahun lepas. Nak kata besar...besar jugak syarikat tu aderlah lebih kurang 20 orang. Syarikat baru buka duit loan banyak lagi macam2 boss aku beli. Marketing pulak bangsat bawak job name kad jer. Nak pendek kan citer daripada 20 org staff tinggal 4-5 org termasuk akulah. Struggle giler wey nak hidupkan syarikat yg hampir2 gelap masa depan yer. Aku keje kat situ lebih kurang 3 tahun setengah. Dalam 3 tahun 2 tahun aku keje 4-5 orang jer. Aku ingat pasnie adai kata syarikat nie naik aku dapat ler tempias skit. Dahlah keje gaji naik sekali jer overtime tak der. Gaji masa tu kadang2 setengah kadang2 suku jer, berkorban katakan. Pendekkan lagi citer...syarikat tu naik balik dapat beli mesin baru dapat beli keta anak2 dia. Aku macam tu jugak gaji tangkuk lama keje macam lembu. Hidup boss aku makin senang..anak2 dia jahanamkan komputer opiz. Buat macam bapa dia org punya opiz padahal memang pun bapak dia org punya. Aku mintak naik gaji dgn overtime boss aku cakap tak cukup nak bayar bill api bill air dan mesin kat opis. Padahal dah senang nie dah mula lupa diri. Aku berhenti keje jadik freelance lagi baik pada masa tu. 2 tahun lepas aku dengar syarikat tu dah tutup kira bangkraplah tu..padan muka ko. Pilihanraya tahun lepas aku terserempak dengan boss lama aku dia pakai jaket "UMNO". Aku ingat dia nak main politik supaya syarikat dia dapat job. Tapi nasib dia memang malang pun UMNO kalah teruk kat situ. Member aku cakap UMNO kalah disebab dialah(boss) tulah...bawak sial katanya. Kebanyakkan member opis lama aku sekang nie keje satu syarikat dgn aku.

Tapi dalam kegawatan ekonomi nie member opis aku tak der masaalah bayar bill. Tiap-tiap minggu dia bayar bill. Aku cakap bill apa tertunggak tiap2 minggu dahlah kena bayar kat melaka. Dia cakap ko mana tau...org umah aku duduk kat melaka tu yang tertunggak tu. oooOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

ingat 5 perkara...sebelum 5 perkara
"Barakat Salamat"

20 February 2009

MADE IN CHINA?

Aku nak citerlah satu citer yg aku rasa citer nie pasal sakit yer hati kawan aku yg namanya Marjerin (bukan nama sebenar). Si Marjerin nie baru menyambut hari ulang tahun yg ker 3o (bukan umur sebenarnya). So adalah sahabat handainya yg lama tidak ketemu telah mempresentkan satu henphone berjenama Nokia E series. Eksenlah ko ngan aku ari tu walaupun ko cakap tak nak berlagak ngan aku. Si Marjerin sound kat aku yg dia bukan minat sangat brand Nokia nie. Dia suka lagi brand Sony Erricson tapi dah ader org nak bagi dia ambik jerlah. Adalah satu kawan nampak henphone si Marjerin nie, kawan nie pun bagitaulah henphone ko tu "made in china" ker?...Si Marjerin cakap dalam hati suka akulah made in china ker ko pedulik apa.


Teruk sangat ker Made In China nie..aku rasa sekeliling kita kebanyakkanlah semua made in china punya.


Wah dapat jugak aku mengapdate blog nie...walaupun tak sebeberapa panjang citernya.


Buatan Orang....

"Barakat Salamat"

11 February 2009

UMNO can, PAS cannot...

Adakah penyokong-penyokong Idris Jusoh itu tidak menderhaka kepada Sultan Terengganu? Sedangkan kata-kata tersebut boleh ditafsirkan sebagai menghina sultan dan boleh diambil tindakan kerana sultan yang melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu ketika itu.

Dunia....Dunia..... Bila UMNO semua boleh tapi bila PAS semua tak boleh. Mati itu pasti, seksa kubur itu pasti, mungkar nangkir itu juga pasti....

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah
...some shit like thatlah
"Barakat Salamat"

07 February 2009

MAIN "GILA"

1. 25 Januari 2009 - Adun Bota (BN) masuk PKR
2. 3 Februari 2009 - Tiga Adun iaitu Changkat Jering,Behrang,Jelapang telah keluar PKR
3. 4 Februari 2009 - Adun Bota kembali ke BN


Dato Seri Najib umumkan BN kembali merampas Perak dari PR.

Perak apa dah jadi?
Sultan baru sambut hari jadi
YB lompat parti
Duit dapat berguni-guni
Rakyat makan hati dan maggie

Kowang pun tau apa maksud pantun tu...kawan aku yg bagi. Aku naik menyampah tengok tv lagi-lagi tengok muka yang tak tau malu bercakap. Kawan aku sampai tak kuar suara. Aku cakap pehal lu beb...Dia cakap aku jerit nengok tv tengok pasal Perak. Gila apa bukan dia org dengar pun. Aku tak dapat bayangkan macam mana gaya yer member aku jerit depan tv. Member aku nie anak jati perak kalau game bola dia mesti balik perak punya.
Nampaknya rancangan jahat UMNO berhasil di Perak. Lihatlah bagaimana perasaan umat Melayu terhadap Sultan mereka di Perak. Tapi apa pulak pandangan kaum cina kat org melayu? Tak malu ker nak aku kata org melayu nie "BODOH" ada pulak org marah kat aku plak. Tapi tu lah hakikat yer...sakit hati aku apertah lagi org perak yg kuar mengundi yg percaya kat Yb alih-alih Yb main gila atas dasar kepentingan diri sendiri.

Apakah kegembiraan Najib kini akan berkekalan? Yerlah belum apa-apa muka plastik selalu jer kuar kat tv buat muka sedih citer pasal Rakyat Palestin. Padahal budak melayu banyak yg yg mati merempit, yg mati leka main sms langgar pokok, berlakon kat dalam henphone tunjuk tubuh badan kowang tak sedih ker? Bagaimana jika ditakdirkan Allah s.w.t. selepas ini ada dua atau tiga orang ADUN BN Perak mengalami sakit jantung lalu arwah? Sudah tentu PRK akan diadakan. Dalam arus deras tsunami politik kini, kemungkinan UMNO akan kalah adalah tidak boleh dielakkan. Aku harap sangatkan. Jika UMNO kalah sudah pasti PR akan mengambil semula kerajaan. Jika ini berlaku, sudah pasti ianya sangat memalukan kesemua mereka yang palat-palat yg terlibat dalam konpirasi menjatuhkan kerajaan PR Perak. Turut akan merasa malu ialah.....(sapa agak2 yer?)

aku ada hak bercakap kata negara demokrasi
"Barakat Salamat"