23 February 2009

KESEMPATAN DALAM KEGAWATAN...

Dalam tahun nie banyak rakan-rakan kita yang bekerja di kilang diberhentikan kerja. Kesian dalam kegawatan ekonomi global nie ramai yang merana. Kerja kilang dahlah gaji tak baper besar nak menyara anak bini yang harga barang sekarang nie tak turun-turun.

Aku bukan apa cuma nampak macam ada beberapa pihak mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi nie. Padahal sebelum gawat pun cakap susahlah tak untunglah padahal tak gawat pun. Ada aku dengar satu cerita kawan aku punya kawan punya kawan gaji yer RM4000. Banyak betul gaji dia nie. Tahun nie syarikat dia telah memotong gaji separuh atas alasan kegawatan ekonomi. So gaji dia jadik RM2000. Still banyak lagi tu...masaalah yer sekang nie bill-bil dia nie semua yer auto debit jumlah keseluruhan yer lebih kuranglah RM1900. Kowang bayangkanlah baper tinggal duit dia kat bank. Nak makan pun payah wooo. Tapi ok lagilah sebab tak kena buang keje lagi dah kira ok bole lagi bayar bill.

Pada syarikat-syarikat yang besar-besar janganlah mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi nie. Tuhan tau ko mampu ke tak. Kalau ok cakap ok kat staff jangan tekan lagi staff yang memang tertekan. Nie siap mengambil tindakan yang bukan2 kecik punya hal pun nak bersurat tunjuk sebab. Ko senang pun disebabkan orang bawahan yang buat keje. Tapi yang kecoh nie pun balaci-balaci kaki bodek yang berlagak power makan gaji buta tuli. (emo skit) Tapi yang aku heran nie sesetengah syarikat yang katanya bisnes teruk duit tak der, tapi beli barangan syarikat sampai setengah juta ader lak duit yer. Padahal tak penting pun..kadang2 tak pakai pun.

Teringat aku pada kisah di syarikat lama aku bekerja 10 tahun lepas. Nak kata besar...besar jugak syarikat tu aderlah lebih kurang 20 orang. Syarikat baru buka duit loan banyak lagi macam2 boss aku beli. Marketing pulak bangsat bawak job name kad jer. Nak pendek kan citer daripada 20 org staff tinggal 4-5 org termasuk akulah. Struggle giler wey nak hidupkan syarikat yg hampir2 gelap masa depan yer. Aku keje kat situ lebih kurang 3 tahun setengah. Dalam 3 tahun 2 tahun aku keje 4-5 orang jer. Aku ingat pasnie adai kata syarikat nie naik aku dapat ler tempias skit. Dahlah keje gaji naik sekali jer overtime tak der. Gaji masa tu kadang2 setengah kadang2 suku jer, berkorban katakan. Pendekkan lagi citer...syarikat tu naik balik dapat beli mesin baru dapat beli keta anak2 dia. Aku macam tu jugak gaji tangkuk lama keje macam lembu. Hidup boss aku makin senang..anak2 dia jahanamkan komputer opiz. Buat macam bapa dia org punya opiz padahal memang pun bapak dia org punya. Aku mintak naik gaji dgn overtime boss aku cakap tak cukup nak bayar bill api bill air dan mesin kat opis. Padahal dah senang nie dah mula lupa diri. Aku berhenti keje jadik freelance lagi baik pada masa tu. 2 tahun lepas aku dengar syarikat tu dah tutup kira bangkraplah tu..padan muka ko. Pilihanraya tahun lepas aku terserempak dengan boss lama aku dia pakai jaket "UMNO". Aku ingat dia nak main politik supaya syarikat dia dapat job. Tapi nasib dia memang malang pun UMNO kalah teruk kat situ. Member aku cakap UMNO kalah disebab dialah(boss) tulah...bawak sial katanya. Kebanyakkan member opis lama aku sekang nie keje satu syarikat dgn aku.

Tapi dalam kegawatan ekonomi nie member opis aku tak der masaalah bayar bill. Tiap-tiap minggu dia bayar bill. Aku cakap bill apa tertunggak tiap2 minggu dahlah kena bayar kat melaka. Dia cakap ko mana tau...org umah aku duduk kat melaka tu yang tertunggak tu. oooOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

ingat 5 perkara...sebelum 5 perkara
"Barakat Salamat"

2 comments:

Anonymous said...

Ni citer sapa sebenarnya ni... aku ada gak masa tu, Kadang tu Bos OK tapi kaki ampu yg buat susana jadi gawat...ada ke patut pakai alamat Opis pun kena Memo

DeeN said...

Dulu, nasib aku serupa nasib ko. Kunun2 berkorban semue bende. Mujo skang aku dah benti. DOk umah goyang lutut lagi hepi dr tensen ngan boss gitu! Huh!