18 June 2011

KL GANGSTER

"KL Gangster" mengisahkan tentang Shark (Shamsul Yusof) merupakan seorang gangster yang kejam, tamak. Dalam pada masa yang sama sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) supaya dapat memiliki kuasa serta menjadi 'raja' gangster di Kuala Lumpur (KL). Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur. King dan Malek berkawan rapat. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek. Bagi Shark, Malek punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai( Adi Putra) iaitu adik Malek yang juga gangster serta anak buah Shark untuk menghapuskan abangnya.

Isu kongsi gelap, gangster, ketamakkan seseorang terhadap kuasa dan wang dan isu pergolakan kekeluargaan antara adik-beradik menjadikan filem ini sebuah filem yang tidak bosan dan mudah difahami oleh penonton.

Selain itu, sebagai pengarah, percaturan Syamsul meletakkan Zizan Raja Lawak dalam filem ini sememangnya harus dipuji. Zizan yang memegang watak sebagai Abang Long Fadil, sikapnya yang gila-gila dan konon-kononnya gangster hebat, membuatkan filem ini tidak bosan. Kehadiran Zizan sentiasa membuatkan para penonton tidak kering gusi melihat gelagatnya

Secara peribadi, KL Gangster, mampu mencipta ‘box office’ seperti mana filem Syamsul Yusuf terdahulu, juga mungkin mampu mendekati kutipan untuk sebuah filem aksi lain, Kongsi, arahan Farid Kamil, yang mendapat kutipan sehingga RM 8 juta, disebabkan industri perfileman tempatan yang agak ketandusan filem aksi seperti ini.

Rating Gua : 4*/5*

"Barakat Salamat"

No comments: