06 June 2009

CELAKA PUNYA CICAK...

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.
Sebelum nie aku cukup anti betul dengan semut pantang ada serpihan makanan ada jer semut. Sejak member aku menjual racun semut nie keturunan semut di rumah aku makin pupus. Selepas masaalah semut nie makin kurang masaalah baru sudah tiba. Munkin aku sebok dengan semut dan cicak dalam rumah aku makin bertambah2. Sebelum nie aku tak ambik pot sangat reptilia nie. Tapi makin lama makin banyak keturunan yer membiak di rumah aku.

Kowang bayangkanlah aku sedang tengok TV tiba cermin tingkap belakang aku bunyi macam kena ketuk. Cuak jugak aku....aku toleh jugaklah kebelakang rupa-rupanya cicak sedang mengawan..cisss! Celaka punya cicak. Size cicak kat rumah aku dah macam-macam size aku tengok. Paling besar aku tengok yg selalu lalu depan aku setiap kali malam aku tengok bola berukuran 10 hingga 12 inci. Terkejut jugak aku tengok cicak apa size besar tu. Anak aku pun naik gerun tengok cicak tu. Mungkin keselesaan duduk di rumah aku kot. Pastu anak aku si nafeesa panggil aku dia cakap cicak kat luar rumah ada 3 kaki. Aku pi tengok ler...betul siol ada 3 kaki jer. Aku pun tak tau mungkin along yg potong kaki depan tu ker atau berlaku kemalangan tersepit pintu ker atau tingkap. Tapi kalau 3 kaki cicak pun bole hidup kat rumah aku nie kira dah banyak sangat lah cicak kat rumah aku nie. Yang tak larat yer cicak nie dah mula jalan atas lantai pulak dah mungkin dah terlalu banyak cicak kat atas sampai cicak dah jalan atas lantai..iskk celaka punya cicak!. Pagi tu masa aku nak buang air kecil dekat pukul 2 pagi kot...cicak sudah lompat atas betis aku aper lagi aku bersilat lah dalam tandas. Gila kau, 2 pagi aku kena bersilat pastu dia bole berhenti depan aku, pastu sempat kenyit mata sambil menjilat muka...celaka punya cicak.

Pasnie aku kena tumpukan perhatian memupuskan sebanyak mungkin keturunan cicak di rumah aku. Harap member aku Azman dapat jumpa racun cicak yg berkesan.
Cicak musuh nabi'. Jika ternampak cicak, haruslah dibunuh kerana cicak inilah yang mengeluarkan bunyi semasa Muhammad bersembunyi di gua ketika diburu Abu Jahal dan geng.

Maka, berduyunlah budak-budak mencari lastik untuk memburu cicak di masjid. Halo, cicak yang jadi musuh tu cuma cicak yang dalam gua tu je lah! Tak pasal-pasal seluruh keturunan cicak kena lastik! Apa la... Kalau cicak tu berak atas sejadah, angkat buang je lah taik dia. Apa susah!

Tapi ini pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik yang disekat pengetahuannya, tidak dibenarkan membaca bahan-bahan ilmiah, tidak memikir lojik, terlalu mengharap metafizik, maka mereka pun ikut saja pemimpin UMNO. Sepandai-pandai Mahathir, ada jugak bodohnya. Dia fikir dengan berkempen celik IT, dia boleh buat bisnes. Tapi dia tak tahu bahawa IT telah membongkar segala rahsia! heh!

Tapi sekarang nie Cicak adalah musuh aku...tapi tak termasuk CicakMan sebab Nafeesa dengan Aidan minat.

"publicenemynoone"
"Barakat Salamat"

5 comments:

Princess Buttercup said...

Aku rasa lah kan, statement ko n i dah boleh dijadikan bahan bukti bahawa semut mempunyai peranan yang penting dalam menyeimbangkan populasi cicak...

ZulDeanz said...

itu cecak ke biawak?

SabSoi11 said...

Oiii..Apa kaitan Mahathir dgn cicak pulak ni...?.
Aku rasa cicak ni binatang istimewa, mana ada binatang ke, manusia ke, yg boleh pisahkan badannya tampa pisau. kalau kau pandai sgt buatlah...

K-ReXz said...

ermm cicak bole buat aku bole buat aper...masa aku sunat dulu.

sabsoi11 said...

Ko sunat tak pakai pisau ke?