31 March 2009

MALAM JUMAAT....


Pagi sabtu 28hb Mac 09 aku menghadiri satu mesyuarat Kesatuan Pekerja disyarikat aku. Tiba-tiba aku diberitahu salah satu kawan aku mengalami kecelakaan (kemalangan). Terkejut "Torres" aku mendengarnya.
Kawan aku yg bernama wan (nama pendeknya) adalah seorang Penolong Pengurus Bahagian Percetakan Digital POD (print on demand). Aku pun mengelabah jugaklah camner keadaan kawan aku nie teruk ker kemalangan yer. Sebab baru2 nie aku kehilangan satu kawan jugak yg bekerja disyarikat aku pekerja sekang nie cuma dia baru jer berhenti dan menjadik pensyarah di N9. Baru kawin 2-3 bulan mengalami kemalangan ngeri kereta kelisa yg dipandu dilanggar lori. Terus meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami pendarahan di kepala. Moga Roh Wanie dicucuri rahmat...Amin.


Berbalik pada kawan aku nie yg bernama wan nie...aku dapat sms mengatakan wan dimasukkan ker wad icu. Teruklah tu sampai masuk icu. Dan hari nie 30hb Mac 09 aku dan Geng Jahat pergi Terjah ke spital melawat wan dan nak tahu citer sebenarnya.

Sesampai ditawakal mencari parking dan ternampak satu restoran Haslam. Aku cakap harga ok ker kat haslam nie...kawan aku cakap sama jer cam kedai biasa harganya.


Camnie citernya....

Pada Malam jumaat kawan aku nie kuar ler nak carik makanan so dia pun menaiki motor. Semasa perjalanan dia terlanggar batu. Batu besar kot kalau batu kecik takan jatuh. Semasa jatuh badan kawan aku nie jatuh lak kat divider bahagian perut lak tu. Kawan aku nie badan yer besar tapi bukan gemuk. Kalau 40 km pun impak dia jatuh bole tahan jugak. Dia tak pergi spital lepas sebalik yer dia terus balik kerumah cam biasa jer. iskk..!! Setiba dirumah dia sakit biasa jer kata bininya siap bole berinternet lagi baginya perkara kecik ler. Tapi..............

Pagi esok yer pulak dia mengalami kemuntahan yg amat teruk...tapi tak muntah berdarah lalu mengalami sakit dada yg kritikal. Muntah berterusan hingga bini yer membawa ker klinik berdekatan. Lalu klinik memperiksa kawan aku nie lantas itu doktor memberi note pada spital Tawakal supaya kawan aku nie diperiksa lebih terperinci. Setiba di Tawakal terus membaca note dari klinik dengan pantas membuat pembedahan. Katanya ada pendarahan dalaman. Kata bini kawan aku nie doktor belah menegak dari tgh dada hingga sampai pusat...bila sampai pusat doktor corner separuh bulat di pusat dan terus kebawah skit..kowang bayangkanlah. Pastu doktor telah buang darah beku lebih kurang sekilo beratnya. Alhamdullilah sekang nie kawan aku stabil.


Balik pastu aku dan Geng Jahat pergi makan kat Haslam. Akibat yer aku makan nasi, ayam, telur masin, tauhu minum Teh O Ais kena bayar RM8.40. Alah harga sama jer cam kedai lain...kata kawan aku.

Line up Geng Jahat:
Jembalangz
Antu
SabSabSoi
Helli 4X4

Aku Doakan moga kawan aku nie cepat sembuh...dan dalam minggu aku akan upah org (Bibik) membunuh ikan Haruan yg abg aku tangkap kat sungai langat yg sekang bersenang lenang kat dalam akuarium umah aku.

Amin...
"Barakat Salamat"

6 comments:

sabSoi said...

Alah RM8.40 pun mahal, Tu..yg makan kat KFC ke mana ke, tak komen pun. Kedai artis tuuu, sape tak kenal Yusof Haslam Otai filem cinta melayu... saje buat Org naik darah.

Princess Buttercup said...

hehehe...itu lah..aku dah kata...kita share lauk lagi bagus...tapi tamak..tauhu nak banyak je.. ayam lagi..macam2 nak makan..aku RM6.00 je...ngan air sirap..

jembalangz k-rexz said...

tadi makan kat kantin tak sampai RM8 pun...jawab2

sabSoi said...

Bodoh,.....nak banding dgn kantin

alif-mikail said...

kasi sehat cepat2..

Anonymous said...

eleh dah kenyang pun bising je....hehehe