01 January 2010

SO LONG 2009......

Pada saper yg ader Azam tahun nie gua sarankan lu hentikanlah Azam lu org. Baik lu jumpa Azam.....Pada semua pembaca Blog gua nak ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 20X" . Memang lama tak update Blog nie...dah berhantu Blog gua nie..lama tinggal. Tapi tak update pun dah dekat 1000 pengunjung Blog gua nie...thanxz a lot yg sudi singgah Blog gua yg berhantu nie. Tahun 2009 kali nie byk suka duka gua alami...anak gua masuk spital 2x, tak dpt BONUS..heh!!...yg best thn nie gua dah jumpa semua kawan2 gua yg gua rasa dah mmg tak jumpa lagi. Harap 20x dpt jumpa dia org dgn lebih kerap.
Sebagai permulaan gua serta gambar2 xperimental yg mental yg di ambik di opis aku pada thn 2009. Gua suka scene nie sebab kita org suka....

Pada Heliza nie haaaa...gua dah update Blog nie....lu biler lagi....

Pada Sabron pasnie tengok saper yg banyak update Blog.....(yerlah tu...)..hahahahaha!!!!

Banyak cerita yg nak di ceritakan....cuma cerita2 tu jer yg tak diceritakan lagi.

"Barakat Salamat"

08 September 2009

NAK SAMBUT HARI RAYA MESTI NAK MAIN BUNGA API....








Memang seronok Nafeesa nie main bunga api. Selalunya bersama si Aidan, pada malam tu Aidan tido awal. Dapat main banyaklah bunga api kalau tak kena share dengan adiknya. Tahun nie bunga api Mama yg beli ntah mimpi apa aku pun tak tau. Tahun2 sudah tak ambik pot pun si Mama dengan bunga api. Mungkin dia tengok anak2 yer macam jakun jer tengok anak jiran sebelah main bunga api.

"Barakat Salamat"

02 September 2009

REMAJA ISLAM & MERDEKA.....

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Isi kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Kemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta. Pemerintah BN hari ini suka-suka jer melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum sebagai pengkhianat. Padahal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan negara kepada orang asing.....BOLEH PULAK!....

Mereka jugak khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Style mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah....tak ker bangsat. Remaja Islam sekarang nie dah tak macam Islam lagaknya. Arak, Perempuan, Rempit...dan macam2 lagi. Pernah aku terserempak dengan sekumpulan remaja Islam tengah malam sedang sibuk memilih arak di pasaraya dekat Bandar Baru Ampang. Muka masing-masing selamba jer macam tak kenal dosa atau pun tak akan mati. Nak jer aku lempang setiap seorang....memandangkan dia orang ramai aku lupakan hajat murni aku tu.... Tak apa esok dia orang jawablah sendiri kalau sempat taubat takper...kalau tak sempat....kau orang tanggunglah sendiri dengan tuhan....aku tak nak campur urusan orang.


Kerajaan negeri Selangor sekarang nie (bukan kerajaan selangor dulu....dulu senggal) sedang bertindak supaya premis-premis kedai tidak menjual arak secara terbuka. Walaupun bunyi macam payah tapi sekurang-kurangnya mencuba tak macam dulu punya kerajaan negeri Selangor. Dalam pada itu 7 eleven di selangor setuju tidak menjual Arak di pertempatan majoriti orang melayu. Sekurang-kurangnya ada jugak yang menyokong.


Ada di sekitar Ampang sepasang suami isteri telah sanggup membuat satu penginapan menjaga anakanak luar nikah. Semua anak-anak luar nikah itu adalah orang melayu...kalau melayu dah tentu agamanya Islam. Kebanyakan anak orang-orang berada yang bermasaalah kerana malu....tak nak orang tahu anak mereka ada anak luar nikah maka anak yang tak berdosa sanggup mereka nak letak merata-rata. Nasib baik ada sepasang suami isteri berhati mulia sanggup berkorban menjaga anak-anak ini. Macam nie punya manusia pun ada...tak takut kat tuhan. Sumber ni aku ketahui melalui Tazkirah surau rumah aku. Bagi aku sistem yg ada sekarang nie tidak relevan....hanya cuma untuk kepentingan individu. Aku memperjuangkan untuk anak-anak aku yang sedang membesar. Supaya mereka berada di sistem yang betul....kalau arak boleh dibeli sesenang hati...memang parahlah keturunan kita esok.


Sedarlah bangun kamulah akan mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara kamu sendiri. Kamu tidak boleh mengharapkan orang tua..sebab kebanyakkan orang tua hari ini sudah hanyut dengan arus politik yang carca marba haru biru..sampai aku pun tak paham nak cakap apa. Anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk tujuan dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab kau orang sebagai anak merdeka.


Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni....kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.


Bersama kita lakukannya !


"Barakat Salamat"

13 August 2009

HANTU (KISAH BETUL)


Percaya atau tidak itu masing2 punya pendapat. Yg aku nak citer nie pasal hantu...hantu yg selalu keluar kat TV dan Wayang. Sejak menjak filem2 hantu cukup laris sampailah seluruh dunia buat citer hantu. Bagi aku tak pernah tengok pun citer2 hantu keluaran tempatan dan indonesia sebab real siol...bole melemahkan semangat aku jer. Org rumah aku cukup minat tengok2 citer2 seram nie......tapi sungguh menyusahkan aku........nak buat air kat dapur ajak aku.....tak ker susah tu......dia ingat aku nie bole lawan hantu ker.....cam dalam filem antoo fighter. Tapi tu semua citer2 Hantu dalam filem.

Yang aku nak citer sekang nie Hantu bukan dalam filem. Yg aku nak citer nie Hantu yg org tak leh nampak dengan mata kasar. Nak kata pengalaman aku pasal hantu nie aderlah skit...tapi tak nampak depan aku, kawan aku yg nampak....citer dia begini....Masa aku kat kolej kita org ada buat buku Biografi Tun Dato Seri Mahathir.....tapi pada masa tu tak der gelaran Tun lagi...Pelancaran tu di buat di Hotel Istana. Di pendekkan cerita Pelancaran tu abis dalam kul 12 tgh malam. Kita org berkemas2 siap utk balik dalam kul 2 pagi. Org besar2 datang mestilah byk bunga2 hidup yg dia org letak di sana. Kita org pun tanyalah bunga nie kita org nak boleh ker?....Budak2 hotel cakap ambik jer kalau tak dia org buang......bunga mahal tu. Apa lagi ambik ler sebanyak mungkin....masa tu kawan aku jer yg ada kereta. So dalam kereta tu ader 4 org dan bunga berlambak2..heh! Member aku nielah yang kena hantar ke rumah masing2....so masa tu aku duk di ampang daripada melawati kena lah lalu jalan Zoo.....Jalan Zoo sekarang nie cantik dah yg dulu hutan keliling. Masa selekoh di Zoo aku ternampak sekumpulan 3 ekor anjing dan satu manusia mencangkung (aku rasalah....suasana gelap pada masa tu) aku ingat mesti tuan punya anjing. Tiba2 ader satu ekor anjing berlari dgn lajunya makin dekat dgn aku pastu melompat hendak masuk dalam keta.....aku aper lagi jeritlah dengan sekuat hati yer. Member aku tgh drive siap lepas tangan tu terkejut nasib baik tak accident. Kena maki lah aku dengan member....persal ko jerit, aku cakaplah ada anjing nak lompat masuk dalam kereta. Member aku cakap sambil nengok side mirror...mana ada anjing? Yg member aku kat belakang kereta senyap jer. Dipendekkan citer pagi esok yer kita org lepark2 citer pengalaman semalam..rupa2 nya member belakang aku nampak satu benda bebola masuk sebelah tingkap kereta aku....tu yg senyap jer duk belakang. Kebetulan pada masa tu Arwah nenek aku ader kat umah aku...aku ceritalah pengalaman aku...dia cakap benda2 halus nie suka pada bau wangi...aku bawak satu kereta bunga patutlah benda tu nak masuk dalam kereta aku...tapi dalam bentuk anjing ler (yg aku nampaklah) tuan punya anjing tu...siapa? Takan pukul 3 pagi bawak anjing jalan2....sampai sekarang nie misteri dalam hidup aku. Rupa2 nyer sebelum nie ramai budak2 motor accident mengelak anjing.

31 ogos tahun aku tak ingat tapi ayah aku ada lagi masa tu. Ada satu minah dengan balak sudah accident terus meninggal. Minah tu tinggal dekat2 kawasan rumah aku. Org kata minah tu meninggal dgn cara tak baik...aku malas nak ckplah tak baik sebab aku tak kenal minah tu. Tapi beberapa hari lepas dia meninggal ramai pulak nampak dia balik dengan bawak baby...iskkk. Pondok telefon rumah aku dulu budak2 melepark bergayut....sejak muncul benda2 tu dah tak der kutu2 lepark kat situ. Sunyi sepi tiap2 malam bunyi mat motor pun tak dengar lepas pukul 11 malam. Kalau kul 12 tgh malam yg kedengaran hanyalah anjing menyalak (bunyi macam nampak sesuatu). Makcik jiran depan rumah si arwah nie pun sejak 2 menjak nie dengar walkman, bukan dengar lagu tapi dengar bacaan al-quran. Sebab katanya tiap2 malam ader jer tingkap umah dia ader org cakar (mungkin kucing kot). Anak makcik tu siap nampak si arwah tu senyum di depan rumah......terus tak keluar malam siap pakai tudung lagi tu (sebelum nie anak makcik tu liar sikit, selalu kuar malam kata org lah). Sekelip mata jer ko berubah yer. Si ibu arwah tu cakap si arwah nie muncul tiap2 malam kat umah......dia mintak pertolongan si ibunya. Ayah aku ada cakap......kalau meninggal cara camtu, dia akan balik kerumah dalam masa 100 hari. Aku 100 hari tulah aku tido kat rumah berpeluh2.

Perigi kecik yg selalu budak2 kilang dan guard nampak Perempuan Berjubah Putih berdiri disitu

Nie yg paling terbaru kat kawasan kilang tempat aku keje ader guard nampak lembaga perempuan berjubah putih. Aku tak puas ati aku terus mencari guard supaya aku dapat kesahihan citer sebenar. Nasib aku baik (sebab aku org baik..heh!) pada masa aku lepark ngan Hamzi budak paling popular di syarikat aku berkerja guard tu lalu depan kita org......On de spot aku tanya pasal citer 2-3 hari lepas.....


Aku tak dapat siarkan gambar pakcik guard tu atas dasar keselamatan pakcik tu sendiri. Gambar di atas adalah tempat temubual aku ngan pakcik guard tu.


  • aku:  pakcik aper citer 2-3 hari lepas?..saya dengar lain macam jer...kat belakang kilang......(muka aku serius masa tu......hamzi sengih jer)

  • pakcik guard: ooooo dia org nampak pompuan diri kat perigi kecik tu...pastu nampak kat tangga kat kantin.

  • aku: betul ker pakcik guard kena lempang......(aku makin serius...hamzi sengih jer lagi)

  • pakcik guard: betul.....dia kata kena baling ngan buah pelam ker mangga kat pipi dia tapi buah yer takder.

  • aku: yg pengsan tu aper citer? (aku makin serius bertanya...hamzi masih sengih lagi)
  • pakcik guard: dia berlari ketakutan.....

  • aku: (kena kejar ker?....dalam hati berkata)

  • pakcik guard: saya bole halau hantu tu....tapi malas lahhh kalau boss saya kasik peluang bagi duit saya bole lah halau...

  • aku: pakcik biasa buat ker...? (demand jugak pakcik nie...halau jerlah)

  • pakcik guard: dulu pakcik pernah halau...pakcik tak takut biasa pakcik round seorg jer kat sini.....apa nak takut

  • aku: yerlah.....(kali nie aku dgn hamzi tersengih...berlagak pulak pakcik nie kata hati aku)


Mustafa Yazam menunjukkan tempat yg Perempuan Berjubah Putih muncul.


Tapi sejarah di tempat aku keje nie memang penuh dengan benda keras termasuk dinding sebab diperbuat daripada batu bata. Pernah manager aku nampak satu mayat terbujur (pocong} atas meja..(yg tu aku tak pasti ceritanya) serta merta dia org buat bacaan yasin beramai2 di kilang. Yang terbaru budak kantin nampak satu perempuan dukung bayi berjalan tebus pagar dawai. Amir J Lo (bukan nama sebenarnya) main pingpong nampak org jalan tebus himpunan buku. Ada satu kakak nama dia Muslimah (bukan nama sebenar) nie nak balik kerumah dalam pukul 2 pagi. Kebetulan Guard nak kunci jam dia cakap kat kakak tu tunggu kejap dia org kena pergi 2 org sebab guard nie pun penakut. Semasa guard tu takder si kakak nie tunggulah depan punch kad......yerlah ader pagar terpaksa tunggu guard tu bukakan. Tiba2 dia nampak satu tubuh besar hitam berbulu tidak berpakaian melompat2 daripada kantin hingga ker pondok guard. Nasib baik kakak tu kuat org yer kalau aku aku rasa mau aku mc seminggu.


Kata sahabat aku yg sebilik ngan aku di opis nie namanya SAB (bukan nama sebenar).....dia tak percayakan akan hantu nie.....sebab kalau ada hantu pun dia tak akan usik manusia apertah lagi mengejar macam guard yg main kejar2 sampai pengsan tu.


Percaya atau tidak?


Tapi bagi aku hantu aku buat kawan jer...malahan kamcing lagi. Sebab kawan opis aku nama dia Azhar tapi kita org panggil dia antu. 


Marilah kita sedekah FATIHAH pada arwah2 yg kita kenal..semoga ROH2 mereka tenang disana....AMIN!


"Barakat Salamat"

16 July 2009

TAK NAK PERGI SEKOLAH JUGAK....

Anak perempuan aku Nafeesa nie kalau nak pergi sekolah bukan main suka sangat. Sangat suka pergi sekolah sampai tak sabar-sabar. Tapi baru2 nie dia mengeluh tak nak pergi sekolah..aku ngan bini aku terkejut jugak.

Aku tak dapat agak apa persal dia tiba2 tak nak pi sekolah. Bini aku buat siasatan kat Si Nafeesa nie....rupa2 yer buku sekolah BM dia hilang jesteru itu cikgu BM dia telah memarahi anak aku. Nafeesa ader mengadu yg dia tak suka cikgu BM tu sebab dia garang . Bukan budak2 kalau kena marah dia akan jadik Fobia..iskkk!

Sebelom nie duit yuran hilang dalam beg sekolah. 5 bulan tak der masaalah pun masuk bulan ke6 bole ilang pulak. So cikgu pun pelik jugak apersal si Nafeesa nie tak bayar lagi yuran nie dah setgh bulan dah. Kalau bulan2 lain aku bayar awal yerlah gaji aku masuk 25hb so aku bayar cepat2lah takut terpakai.  Cikgu tanyalah kat Nafeesa Mama dah bagi duit ker?....selamber dia jawab Mama belom gaji lagi..iskkk!! Cikgu pun heranlah....lantas menelefon Bini aku cakap yuran tu dah bayar ker blom....Beruk terkejut sama2 ngan bini aku...aku pun terkejut sama2 ngan beruk tu. dia ingat kalau ilang...ilang camtu jerrr....takper aku tak ler marah sangat bukan salah dia pun...tapi zaman sekang nie budak2 kenal betul dgn duit. Kalau tak takan duit yuran ilang...aku rasa tercicir tu tak nak tuduh2 anak org. Takder rezki...aderlah aku buat silap tu.

Aku tepon cikgu dia bagitau hal sebenarnya (sebenarnya bini aku yg fon..heh). So kita org naklah beli buku BM tu, tapi buku tu tak jual satu2...payah jugak nie....Abis tu Nafeesa tak nak pi sekolah. Payah jugak nie...pujuk dah banyak kali ayat yg kuar kat mulut dia..." TAK NAK PERGI SEKOLAH JUGAK........" 

Selalu jugak aku nengok wayang ngan Nafeesa nie dua beranak jer nie...ermmm dah besar anak sulung aku. Kejap celik kejap celik...Tahun depan darjah 1. Dulu aku ingat anak pompuan nie tak baper best bawak kuar....tapi best rupa2 nyer...pada saper2 baru kahwin nak dapat anak jangan memilih sangat anak laki ker anak pompuan ker....semua best kurnia tuhan....kena didik baik2 yg tu penting.

Tanak pergi sekolah ok lagi....
buku ilang........
camner buku tu ilang yg tu perlu tau.

sweetchildomine
"Barakat Salamat"