13 August 2012

Selamat Hari Raya 2012


Masa mmg cepat berlalu tau2 dah nak raya....tidak seperti tahun lepas gua sambut puasa dgn berita diberi cuti beramai2 atas alasan syarikat tidak mampu utk beroperasi. Dan nak sambut Raya dpt pulak surat diberhentikan keje beramai2 begitu trajis kisah tahun 2011 gua dan member2 opis hadapi. Dengan kemahiran yg ada gua buatlah apa yg patut dgn mengharap kawan2 membantu memberi keje freelance..perlah sangat freelance dgn pembayaran lambat dan keje pun tak byk...dgn dibantu isteri bolelah bernafas walaupun bernafas tidak ler selancar. Syukur mempunyai isteri yg sanggup berkorban utk suami yg tidak mempunyai pekerjaaan lagi2 dgn utang gua makin lama makin bertambah. Bila kita tidak berkeje utang2 bank byk tertungak makin serabut kepala memikirkan. Dekat 5 bulan jugak menggangur dgn keje freelance yg seciput lepaslah duit yuran sekolah anak pompuan.

2012 gua dipanggil balik berkeje di syarikat lama dgn tokey yg baru. Alhamdullilah bermula gua keje walaupun gaji dipotong 30%. Perit jugak dgn gaji dipotong tapi sekurang2 yer gua berkeje dpt jugak menampung keluarga yg selama nie isteri gua yg tanggung. Berkeje dgn tokey baru lain pulak citernya......tapi sekurang2 yer gua berkeje balik pasnie gua akan buat supaya masa depan gua akan lebih terjamin..sebab rezki bukan dtg dari boss gua. Dan yg penting gua mempunya anak2 yg cantik dan comel yg bole buat gua rasa tenang walaupun kadang2 rasa nak sepak pun ada dgn perangai dia org nie.  Yg paling best gua ada isteri yg sanggup berkorban utk gua walaupun kami kadang2 bergado kecik...tak gado tak suami isterilahkan.

So thn nie bolelah beraya walaupun boss serba serbi kedekut dgn cuti yer ermmmm....malaslah nak pikir.

"Barakat Salamat"

No comments: