Showing posts with label The Story is Betul...Tak Tipu Punya.. Show all posts
Showing posts with label The Story is Betul...Tak Tipu Punya.. Show all posts

31 May 2009

LONG TIME NO SEE....ROCK KANGKANG.

Baru-baru nie aku terkejut betul geng lama aku call nak buat Gathering. Nie geng tak jumpa dekat 15 tahun aku rasa. Rindu pulak kat kowang, isk! bila ingat kan balik best betul zaman kita org membesar. Walaupun duk kat flat kita org main guli, gasing, layang-layang (buat sendiri lagi tu), laga spider, gambar, getah dan senapang kayu. Budak sekang nie tak tau main camtu zaman sekang nie budak2 sebok ngan gadget elektronik dah...kesian betul kat dia org..heh! Pastu konsert Rock zaman tu banyak betul "Battle of the Bands" "Clash Of The Bands" dan macam2 lagi. Zaman sekang Rock Bosan "Rock Corporate". Search ada buat Konsert Reunion macam best jer..ingat nak ajak budak2 buat reunion kat saner jugak nie. Ingat masa dulu tengok konsert kat stadium negara siap panjat lagi tu. Yerlah budak sekolah mana ader sen masa tu. Tengok Lefthanded pakai kasut "Aliph" aku guling2 kat umah nak beli kasut tu yerlah simpanan tak cukup.

Almari aku diserang Anai2 baru2 nie...abis buku dan album gambar. Belek2 ader jumpa beberapa gambar lama. Nak tergelak pun ader nengok pix lama2 nie. Tapi zaman tu paling best pada geng San Peng Flat Sri Selangor : Din Rewang, Ajep Falling, Bijan, Alley, Dayday, Mimi, Boydog, Budin, Ali Keramat, Abang, Bad Taik, Fendi Kambing, Din Glamour, Din Ikan saper lagi haaa aku pun dah tak ingat dah banyak block tu nak ingat baper belas tahun tak jumpa siol...kita jumpa Di Gath kat Melaka isyaallah!

Sekitar tahun 90an Malam Tahun Baru dekat Dataran Merdeka.

Rock Gaya SYJ...Lepark Daya Bumi sebelum jelajah seluruh KL mlm Tahun Baru.

Dulu lif nie dinding kayu abis semua kena conteng..last2 dia org pakai besi, perlagi pose metal lah.

Rock Malaya...Kira Rock Abis lah nie ader bendera kat belakang pengaruh Loudness.Pantai Pulau Pinang 1991...ingat nak buat stail Sepultura - Beneath The Remain" tak jadik tak pakai t shirt hitam..heh!

thankz Anai2

"Barakat Salamat"

31 March 2009

MALAM JUMAAT....


Pagi sabtu 28hb Mac 09 aku menghadiri satu mesyuarat Kesatuan Pekerja disyarikat aku. Tiba-tiba aku diberitahu salah satu kawan aku mengalami kecelakaan (kemalangan). Terkejut "Torres" aku mendengarnya.
Kawan aku yg bernama wan (nama pendeknya) adalah seorang Penolong Pengurus Bahagian Percetakan Digital POD (print on demand). Aku pun mengelabah jugaklah camner keadaan kawan aku nie teruk ker kemalangan yer. Sebab baru2 nie aku kehilangan satu kawan jugak yg bekerja disyarikat aku pekerja sekang nie cuma dia baru jer berhenti dan menjadik pensyarah di N9. Baru kawin 2-3 bulan mengalami kemalangan ngeri kereta kelisa yg dipandu dilanggar lori. Terus meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami pendarahan di kepala. Moga Roh Wanie dicucuri rahmat...Amin.


Berbalik pada kawan aku nie yg bernama wan nie...aku dapat sms mengatakan wan dimasukkan ker wad icu. Teruklah tu sampai masuk icu. Dan hari nie 30hb Mac 09 aku dan Geng Jahat pergi Terjah ke spital melawat wan dan nak tahu citer sebenarnya.

Sesampai ditawakal mencari parking dan ternampak satu restoran Haslam. Aku cakap harga ok ker kat haslam nie...kawan aku cakap sama jer cam kedai biasa harganya.


Camnie citernya....

Pada Malam jumaat kawan aku nie kuar ler nak carik makanan so dia pun menaiki motor. Semasa perjalanan dia terlanggar batu. Batu besar kot kalau batu kecik takan jatuh. Semasa jatuh badan kawan aku nie jatuh lak kat divider bahagian perut lak tu. Kawan aku nie badan yer besar tapi bukan gemuk. Kalau 40 km pun impak dia jatuh bole tahan jugak. Dia tak pergi spital lepas sebalik yer dia terus balik kerumah cam biasa jer. iskk..!! Setiba dirumah dia sakit biasa jer kata bininya siap bole berinternet lagi baginya perkara kecik ler. Tapi..............

Pagi esok yer pulak dia mengalami kemuntahan yg amat teruk...tapi tak muntah berdarah lalu mengalami sakit dada yg kritikal. Muntah berterusan hingga bini yer membawa ker klinik berdekatan. Lalu klinik memperiksa kawan aku nie lantas itu doktor memberi note pada spital Tawakal supaya kawan aku nie diperiksa lebih terperinci. Setiba di Tawakal terus membaca note dari klinik dengan pantas membuat pembedahan. Katanya ada pendarahan dalaman. Kata bini kawan aku nie doktor belah menegak dari tgh dada hingga sampai pusat...bila sampai pusat doktor corner separuh bulat di pusat dan terus kebawah skit..kowang bayangkanlah. Pastu doktor telah buang darah beku lebih kurang sekilo beratnya. Alhamdullilah sekang nie kawan aku stabil.


Balik pastu aku dan Geng Jahat pergi makan kat Haslam. Akibat yer aku makan nasi, ayam, telur masin, tauhu minum Teh O Ais kena bayar RM8.40. Alah harga sama jer cam kedai lain...kata kawan aku.

Line up Geng Jahat:
Jembalangz
Antu
SabSabSoi
Helli 4X4

Aku Doakan moga kawan aku nie cepat sembuh...dan dalam minggu aku akan upah org (Bibik) membunuh ikan Haruan yg abg aku tangkap kat sungai langat yg sekang bersenang lenang kat dalam akuarium umah aku.

Amin...
"Barakat Salamat"

23 February 2009

KESEMPATAN DALAM KEGAWATAN...

Dalam tahun nie banyak rakan-rakan kita yang bekerja di kilang diberhentikan kerja. Kesian dalam kegawatan ekonomi global nie ramai yang merana. Kerja kilang dahlah gaji tak baper besar nak menyara anak bini yang harga barang sekarang nie tak turun-turun.

Aku bukan apa cuma nampak macam ada beberapa pihak mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi nie. Padahal sebelum gawat pun cakap susahlah tak untunglah padahal tak gawat pun. Ada aku dengar satu cerita kawan aku punya kawan punya kawan gaji yer RM4000. Banyak betul gaji dia nie. Tahun nie syarikat dia telah memotong gaji separuh atas alasan kegawatan ekonomi. So gaji dia jadik RM2000. Still banyak lagi tu...masaalah yer sekang nie bill-bil dia nie semua yer auto debit jumlah keseluruhan yer lebih kuranglah RM1900. Kowang bayangkanlah baper tinggal duit dia kat bank. Nak makan pun payah wooo. Tapi ok lagilah sebab tak kena buang keje lagi dah kira ok bole lagi bayar bill.

Pada syarikat-syarikat yang besar-besar janganlah mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi nie. Tuhan tau ko mampu ke tak. Kalau ok cakap ok kat staff jangan tekan lagi staff yang memang tertekan. Nie siap mengambil tindakan yang bukan2 kecik punya hal pun nak bersurat tunjuk sebab. Ko senang pun disebabkan orang bawahan yang buat keje. Tapi yang kecoh nie pun balaci-balaci kaki bodek yang berlagak power makan gaji buta tuli. (emo skit) Tapi yang aku heran nie sesetengah syarikat yang katanya bisnes teruk duit tak der, tapi beli barangan syarikat sampai setengah juta ader lak duit yer. Padahal tak penting pun..kadang2 tak pakai pun.

Teringat aku pada kisah di syarikat lama aku bekerja 10 tahun lepas. Nak kata besar...besar jugak syarikat tu aderlah lebih kurang 20 orang. Syarikat baru buka duit loan banyak lagi macam2 boss aku beli. Marketing pulak bangsat bawak job name kad jer. Nak pendek kan citer daripada 20 org staff tinggal 4-5 org termasuk akulah. Struggle giler wey nak hidupkan syarikat yg hampir2 gelap masa depan yer. Aku keje kat situ lebih kurang 3 tahun setengah. Dalam 3 tahun 2 tahun aku keje 4-5 orang jer. Aku ingat pasnie adai kata syarikat nie naik aku dapat ler tempias skit. Dahlah keje gaji naik sekali jer overtime tak der. Gaji masa tu kadang2 setengah kadang2 suku jer, berkorban katakan. Pendekkan lagi citer...syarikat tu naik balik dapat beli mesin baru dapat beli keta anak2 dia. Aku macam tu jugak gaji tangkuk lama keje macam lembu. Hidup boss aku makin senang..anak2 dia jahanamkan komputer opiz. Buat macam bapa dia org punya opiz padahal memang pun bapak dia org punya. Aku mintak naik gaji dgn overtime boss aku cakap tak cukup nak bayar bill api bill air dan mesin kat opis. Padahal dah senang nie dah mula lupa diri. Aku berhenti keje jadik freelance lagi baik pada masa tu. 2 tahun lepas aku dengar syarikat tu dah tutup kira bangkraplah tu..padan muka ko. Pilihanraya tahun lepas aku terserempak dengan boss lama aku dia pakai jaket "UMNO". Aku ingat dia nak main politik supaya syarikat dia dapat job. Tapi nasib dia memang malang pun UMNO kalah teruk kat situ. Member aku cakap UMNO kalah disebab dialah(boss) tulah...bawak sial katanya. Kebanyakkan member opis lama aku sekang nie keje satu syarikat dgn aku.

Tapi dalam kegawatan ekonomi nie member opis aku tak der masaalah bayar bill. Tiap-tiap minggu dia bayar bill. Aku cakap bill apa tertunggak tiap2 minggu dahlah kena bayar kat melaka. Dia cakap ko mana tau...org umah aku duduk kat melaka tu yang tertunggak tu. oooOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

ingat 5 perkara...sebelum 5 perkara
"Barakat Salamat"

19 January 2009

KRISIS DALAMAN PERSATUAN BADMINTON DI PEJABAT AKU....

Aku ingat dalam BAM jer ader krisis dalaman. Nie dalam pejabat aku pun ader jugak krisis dalam persatuan badminton. Hebat jugak kowang nie...tapi krisis nie bukan sebab kekalahan datuk yang bermain badminton di seoul tempoh hari ataupun kekalahan teruk umno di terengganu.

Kecoh jugak semua department tau...Aku tanyalah kat satu member aku nie dia pun ahli jugak dia nie kutip duit katanya : krisis nie berlaku sebab memilih regu dan memilih kawan utk lawan (dalam training). Wey kowang training pun nak pilih2 ker? Dahler ahli ramai court pun satu tu pun ader court kosong...aku ingat dekat 15 org (aku rasalah). Dia kata lagi: sebab ader memo dikuarkan start memo tulah krisis nie berlaku. Kalau camtu aku rasa nie pasal individu jer nie. Slow talk jerlah settle baik2 pastu cakap aper yg tak puas ati setakat bagi memo tak gentle..aku rasalah. Sedang kucing ngan anjing pun bole tido bersama.

Aku rasa kowang kena contohi persatuan sepaktakraw, persatuan yg stabil dan relek jer tak der hal punya. Lu tak gheti main kita org gelak..lu jatuh tergolek kita org gelak lagi besar..enjoy apa? Tak der pilih bulu punya lu tak der bulu pun kita org tak sisihkan malah kita org belai lagi. Persatuan takraw yg penuh kasih sayang disusuli dengan kutuk mengeji dan gelakkan org..ok what?

Gambar ni pun bukan punca krisis dalaman Persatuan Badminton....

Sebenarnya aku pun tak tau masaalah kowang nie...
p/s: sapa2 berkenaan yg tau masaalah nie dan terbaca blog nie sila jawab aku nak tau sangat masaalah kowang2 nie..

...and takraw for all
"Barakat Salamat"

30 December 2008

HON LEMBU and THAN BABI FOREST CROSS BY...(edisi Dwi Bahasa)

Cuti Krismas baru me n my wife balik terengganu. Sebab long time tak jumpa mother in law. You all knowlah kan kl to ngganu is long time nak sampai. Semasa isi minyak kat pertronas somewhere kat gombak ada mamat minyak tu soundlah aku yer viper dah keras. Apa hal aku punya keta who cares. Tapi aku belilah jugak... viper tu memang keras pun 2 tahun tak tukar. Mamat tu sound ader viper silikon dulu price dia RM59.90 but now very murah RM39.90. On de way kat highway after lachang kot...the rain is going down so heavy duty i tell you. Sampailah kat ngganu raining tak berhenti. Nasib baik beli viper silikon tak sia-sia. Lepak kat ngganu 3 malam 4 hari tu pun hujan all the time.
Ok on de way back Ngganu ker KL thatz de story begin....
Semasa on de way back somewhere before dungun. Masa drive tengah layan lagu tiba-tiba seekor lembu simply jer lintas jalan... dengan muka selamber lembu jer lintas aku nasib baik tak panic. Aku Hon Lembu tu...tapi selamber jer dia jalan. I think in my genius brainlah kat ngganu nie lembu always all de round in de road. If de lembu cross someone will be hurt or die. Pelik jugak masyarakat kat sana tak ambik kisah safety org lain. Last 2 year ago my friend die sebab org lain elak kambing and then langgar my friend. My friend dan anak umurnya tak sampai setahun meninggal also kambing to. Satu lagi lembu-lembu kat sana banyak bukan satu guardians jer ramai guardians. Dan lembu tu kenal guardian dia dan guardian tu tau plak kenal lembu sendiri. Saper bijak lembu ker guardian? I think lembu n Guardian bijak b'koz they know each other hahahaha! (laugh to myself). Aku hon lembu tu...lembu tu bukan tau apa pun. Dah nama yer lembu aku hon sampai esok pun dia buat muka selamber lembu jer..hahahaha!(laugh to myself again).
So aku teruskan perjalanan. Dalam 10 minute perjalanan aku dikejutkan lagi satu bender besar hitam macam kotak cross jalan. Apa neraka (wat de hell) is Babi Forest plak cross by nyaris tak langgar kalau tak kena repair satu hal kena samak lak keta aku. I look in the back mirror keta berjunction siur kat belakang keta aku elak babi forest tu (dia org pun takut nak kena samak keta) hahahahah! (laugh to myself again n again). Kakak aku cakap babi tu tak leh pandang kiri dan kanan, dia jalan menyondol jer. Kalau dia pandang kiri dia akan lupa jalan. Babi mudah lupa. Tak bole salah babi forest tu sebab babi tu tak der guardian. B'koz de babi's belong to forest that why dia org panggil babi forest. Kalau duduk kat town dia org panggil babi's town..hahahahah! (lol). Kali nie aku tak hon.
Moral that story don't hon de lembu.
...go to school by bus!
"Barakat Salamat"