31 May 2009

LONG TIME NO SEE....ROCK KANGKANG.

Baru-baru nie aku terkejut betul geng lama aku call nak buat Gathering. Nie geng tak jumpa dekat 15 tahun aku rasa. Rindu pulak kat kowang, isk! bila ingat kan balik best betul zaman kita org membesar. Walaupun duk kat flat kita org main guli, gasing, layang-layang (buat sendiri lagi tu), laga spider, gambar, getah dan senapang kayu. Budak sekang nie tak tau main camtu zaman sekang nie budak2 sebok ngan gadget elektronik dah...kesian betul kat dia org..heh! Pastu konsert Rock zaman tu banyak betul "Battle of the Bands" "Clash Of The Bands" dan macam2 lagi. Zaman sekang Rock Bosan "Rock Corporate". Search ada buat Konsert Reunion macam best jer..ingat nak ajak budak2 buat reunion kat saner jugak nie. Ingat masa dulu tengok konsert kat stadium negara siap panjat lagi tu. Yerlah budak sekolah mana ader sen masa tu. Tengok Lefthanded pakai kasut "Aliph" aku guling2 kat umah nak beli kasut tu yerlah simpanan tak cukup.

Almari aku diserang Anai2 baru2 nie...abis buku dan album gambar. Belek2 ader jumpa beberapa gambar lama. Nak tergelak pun ader nengok pix lama2 nie. Tapi zaman tu paling best pada geng San Peng Flat Sri Selangor : Din Rewang, Ajep Falling, Bijan, Alley, Dayday, Mimi, Boydog, Budin, Ali Keramat, Abang, Bad Taik, Fendi Kambing, Din Glamour, Din Ikan saper lagi haaa aku pun dah tak ingat dah banyak block tu nak ingat baper belas tahun tak jumpa siol...kita jumpa Di Gath kat Melaka isyaallah!

Sekitar tahun 90an Malam Tahun Baru dekat Dataran Merdeka.

Rock Gaya SYJ...Lepark Daya Bumi sebelum jelajah seluruh KL mlm Tahun Baru.

Dulu lif nie dinding kayu abis semua kena conteng..last2 dia org pakai besi, perlagi pose metal lah.

Rock Malaya...Kira Rock Abis lah nie ader bendera kat belakang pengaruh Loudness.Pantai Pulau Pinang 1991...ingat nak buat stail Sepultura - Beneath The Remain" tak jadik tak pakai t shirt hitam..heh!

thankz Anai2

"Barakat Salamat"

13 May 2009

FOOTBALLER OF THE YEAR

Stevie Gerrard saper tak kenal. Jiran aku penyokong Man U kenal sangat kat Gerrard nie..lagi2 Man U kalah 4-1 tempoh hari. Nie Photo terbaik tahun nie 08/09.

Menjaringkan Gol yg ke100 dalam perlawanan dengan PSV

Trio terbaik dan Hatrick pertama perlawanan dengan Aston Villa


Gerrard cakap K-Rexz Blog terbaik utk Fanz Liverpool kutuk Man U, Chelsea & Arsenal....heh!

Dua pemain tahap Gaban dalam abad ini..tidak dinafikan.

p/s: Aku dengar Si Ronaldo nak blah ker Real Madrid...Betul Ker?..Aku harap betul ler..heh!
Pastu Si Teves nak main kat Liverpool...Betul Ker?....Aku harap betul ler.
Baju Man United Kat depan ader tulis AIG...
A- Alex
I-Is
G-Gone
Betul ker?...Aku Harap Betul ler...Heh!

Welcome Teves
"Barakat Salamat"

05 May 2009

GIAN...

Aku nie takler pandai sangat. Standard belajar pun setakat Kolej. Tapi kalau setakat menconteng aku memang terer. Kerusi taman, lif, beg skolah, gerai abc makcik duk tingkat 13, dinding dan buku sekolah semua aku dah conteng. Kalau buku sekolah tu mukasurat paling bersih kakak aku dah tegur dia cakap aku tak baca sebab aku baca sambil menconteng. Tamat sekolah aku masuk kolej tu pun kakak aku suruh ambik arkitek. Punyalah boring satu ari buat line jer.Seminggu buat line jer guna pembaris T..heh!

So aku ader kenal budak senior kat kolej tu. Dia pun ajak aku lepark kat studio. Memang enjoy beb buat lukisan buat komik buat iklan buat kartun aku jer buat bodo sebab buat line pakai pembaris. Aku pun rasa cam best jer course tu..aku pun jumpa lecturer cakap aku nak tukar course. Aku cakap aku tak der roh nak buat line dengan detail pakai pembaris. Memandangkan aku nie budak yang baik baru seminggu jer buat line lantas aku pun dibenarkan tukar course.

Lepas aku belajar aku keje. Sebelum tu aku menganggur dekat 2 tahun yerlah saper nak abis beras kat umah kalau bukan aku. Masa menganggur aderlah buat niaga kecil-kecilan niaga burger. Tak baper laku sebab yg melepark lebih ramai dari membeli..manakala awek2 tak akan beli yer sebab ramai kutu lepark main gitar dengan suara sumbang kahak. Nak halau kawan-kawan nak marah tak sampai hati..last2 aku biarkan member aku niaga aku join lepark lagi puas ati. Aku keje macam2 company, ada advertising, komik, corporate video, display artis dan colour separation. Lecturer aku ader ajak geng2 aku buat satu majalah kartun "KREKO" majalah tu dapat bertahan satu issue jer dalam pertengahan tahun 90an. Aku aderlah melukis kartun dalam 2-3 mukasurat. Member aku cakap Majalah tu tak laku sebab Kartun aku tak kelakar. Yer kot mungkin rezki aku bukan dekat kartun. Dan aku anggap satu kutukan yg sangat bangsat bunyi yer..heh! Tapi bukan Komik Kreko yg kuar sekarang nie...tu mungkin dia org tiru. Tapi tak per aku tak kisah.
Sekang nie aderlah company freelance "Megrafix Studio" tapi malas nak ambik job sebab tak sempat nak buat keje kat opis dah sendat. Sampai kat umah mood keje dah ilang nengok anak2 aku bergurau pun aku dah tak der mood nak buat keje. Baik layan anak2 ataupun nengok tv. Tapi tahun2 lepas banyaklah jugak buat. Tapi bila tak nak 2-3 job datang...bila nak satu haram tak der. Satu hari nanti mungkin aku akan serius...macam dalam wonder pet "ini serius".

Tapi keje aku sekang nie adalah sebagai Colour Separation keje yg kurang membuat design asyik pantau design org jer. Kadang2 Gian jugak nak buat design takut otak nie berkarat. Ader jugak niat nak sambung study balik..bole ker aku study lagi nie?

mybrainsuckushouldknowthat
"Barakat Salamat"