16 July 2009

TAK NAK PERGI SEKOLAH JUGAK....

Anak perempuan aku Nafeesa nie kalau nak pergi sekolah bukan main suka sangat. Sangat suka pergi sekolah sampai tak sabar-sabar. Tapi baru2 nie dia mengeluh tak nak pergi sekolah..aku ngan bini aku terkejut jugak.

Aku tak dapat agak apa persal dia tiba2 tak nak pi sekolah. Bini aku buat siasatan kat Si Nafeesa nie....rupa2 yer buku sekolah BM dia hilang jesteru itu cikgu BM dia telah memarahi anak aku. Nafeesa ader mengadu yg dia tak suka cikgu BM tu sebab dia garang . Bukan budak2 kalau kena marah dia akan jadik Fobia..iskkk!

Sebelom nie duit yuran hilang dalam beg sekolah. 5 bulan tak der masaalah pun masuk bulan ke6 bole ilang pulak. So cikgu pun pelik jugak apersal si Nafeesa nie tak bayar lagi yuran nie dah setgh bulan dah. Kalau bulan2 lain aku bayar awal yerlah gaji aku masuk 25hb so aku bayar cepat2lah takut terpakai.  Cikgu tanyalah kat Nafeesa Mama dah bagi duit ker?....selamber dia jawab Mama belom gaji lagi..iskkk!! Cikgu pun heranlah....lantas menelefon Bini aku cakap yuran tu dah bayar ker blom....Beruk terkejut sama2 ngan bini aku...aku pun terkejut sama2 ngan beruk tu. dia ingat kalau ilang...ilang camtu jerrr....takper aku tak ler marah sangat bukan salah dia pun...tapi zaman sekang nie budak2 kenal betul dgn duit. Kalau tak takan duit yuran ilang...aku rasa tercicir tu tak nak tuduh2 anak org. Takder rezki...aderlah aku buat silap tu.

Aku tepon cikgu dia bagitau hal sebenarnya (sebenarnya bini aku yg fon..heh). So kita org naklah beli buku BM tu, tapi buku tu tak jual satu2...payah jugak nie....Abis tu Nafeesa tak nak pi sekolah. Payah jugak nie...pujuk dah banyak kali ayat yg kuar kat mulut dia..." TAK NAK PERGI SEKOLAH JUGAK........" 

Selalu jugak aku nengok wayang ngan Nafeesa nie dua beranak jer nie...ermmm dah besar anak sulung aku. Kejap celik kejap celik...Tahun depan darjah 1. Dulu aku ingat anak pompuan nie tak baper best bawak kuar....tapi best rupa2 nyer...pada saper2 baru kahwin nak dapat anak jangan memilih sangat anak laki ker anak pompuan ker....semua best kurnia tuhan....kena didik baik2 yg tu penting.

Tanak pergi sekolah ok lagi....
buku ilang........
camner buku tu ilang yg tu perlu tau.

sweetchildomine
"Barakat Salamat"

13 July 2009

SEKITAR REUNION SRK HANG TUAH 79 DI SAMUDERA RESORT MELAKA (PIXZ ONLY) PART 1

Ketibaan di simpang ampat......
Nafeesa buat muka boring daripada kl dia tanya dah sampai ker papa....Aidan cool tido sepanjang perjalanan.
Motokar aku ngan L E aka alley.....fendy terlanjak hahahaha!!... pakai jer walkie talkie.
Lepark tunggu rakan2 lain sambil call ikrami tanya kabar PC aku.

Sampai jugak kat Resort Samudera Jep buat muka encem pijan tak abis2 perangai ko dari skolah sampai dah anak 3...(3 ker anak ko)

Nafeesa dan Aidan test katil Resort...

Perspektif dari luar bilik Resort Samudera untuk menambahkan kecerungan percutian dari segi fizikal dan rohani.

Kehijaun dari pandangan bilik resort dan ketenangan air laut sebelum di huru hara kan oleh member2 aku..hahahahah!

Meeting memilih calon2 pengerusi sehingga ke ajk...meeting yg pertama kali dalam dunia yg semua org nak bercakap serentak.
Sebahagian kawan2 aku dari kecik sampailah membesar dan sebahagian adalah ahli "AMOBC"(sebahagian jer).

part 2 on de way
"Barakat Salamat"

04 July 2009

REUNION "SRK HANG TUAH 79" DI SAMUDERA RESORT MELAKA 27/28 JUN 2009.

Dah lama betul tak bercerita kat Blog nie...dan dah lama tak jumpa member2 sekolah. Baru2 nie member2 sekolah rendah jalan Hang Tuah berpakat hendak buat Reunion di Melaka dan aku tak lepas kan peluang sebab dah lama tak jumpa member2 lama nie. Lebih kurang 15 tahun rasanya tak jumpa. Giler beb seronok giler aku yerlah sebahagian member2 nie adalah jiran aku dan kami sama2 membesar. Sekarang nie kami pun sama2 membesarkan perut..heh!

Setiba di Melaka kami menetap di Samudera Resort Di Tanjung Bidara. Lebih kurang 19 kereta kesemuanya. Masing2 membawa laki dan suami dan anak2 masing takan nak bawak anak jiran kot. Memang best biler dapat jumpa pastu citer kisah lama2...Samudera Resort tu dah tak der penghuni....yerlah dah 19 keluarga. Kami berpakat membuat satu persatuan supaya dapat merapat silahturahim sesama lain. Mencari Pengerusi dan Ajk supaya Persatuan Alumni Hang Tuah 79 berjalan dgn lancarnya dari masa ke semasa. Yang tak best yer aku pulak kena jadik Ajk...iskk tapi takperlah buat apa yg termampu. 
Pada malamnya kita org buat dinner makan babi beratur (BBQ) heh!...banyak jugak ikan2 bakar yg berlebihan aku suruh jer dia org campak kat laut balik. Bini aku pun terkejut yerlah Reunion nie utk tahun 79..dia lahir thn 79 tak ker pelik. Tapi nasib baik bini aku nie pandai sesuaikan diri (walaupun payah nak cakap ngan org dia nie). Dan komplen yer yerlah acara pada Reunion nie kurang teratur dan sikit sangat aktiviti utk budak2. Aku dah ketengahkan komplen bini aku nie pada mesyuarat pada 9/7/09. Maklumlah lama tak jumpa utamakan borak dari aktiviti2 lain. Mungkin pasnie mungkin teratur dah beratur.

Tapi yg paling best ader aktiviti "AMOBC" (After Midnight Old Boyz Club). Aktiviti masa zaman budak2 dulu dan Ahli Kelab jer yg tau...

"AMOBC" Forever
STRANGERS SANPENG
"Barakat Salamat"