05 May 2009

GIAN...

Aku nie takler pandai sangat. Standard belajar pun setakat Kolej. Tapi kalau setakat menconteng aku memang terer. Kerusi taman, lif, beg skolah, gerai abc makcik duk tingkat 13, dinding dan buku sekolah semua aku dah conteng. Kalau buku sekolah tu mukasurat paling bersih kakak aku dah tegur dia cakap aku tak baca sebab aku baca sambil menconteng. Tamat sekolah aku masuk kolej tu pun kakak aku suruh ambik arkitek. Punyalah boring satu ari buat line jer.Seminggu buat line jer guna pembaris T..heh!

So aku ader kenal budak senior kat kolej tu. Dia pun ajak aku lepark kat studio. Memang enjoy beb buat lukisan buat komik buat iklan buat kartun aku jer buat bodo sebab buat line pakai pembaris. Aku pun rasa cam best jer course tu..aku pun jumpa lecturer cakap aku nak tukar course. Aku cakap aku tak der roh nak buat line dengan detail pakai pembaris. Memandangkan aku nie budak yang baik baru seminggu jer buat line lantas aku pun dibenarkan tukar course.

Lepas aku belajar aku keje. Sebelum tu aku menganggur dekat 2 tahun yerlah saper nak abis beras kat umah kalau bukan aku. Masa menganggur aderlah buat niaga kecil-kecilan niaga burger. Tak baper laku sebab yg melepark lebih ramai dari membeli..manakala awek2 tak akan beli yer sebab ramai kutu lepark main gitar dengan suara sumbang kahak. Nak halau kawan-kawan nak marah tak sampai hati..last2 aku biarkan member aku niaga aku join lepark lagi puas ati. Aku keje macam2 company, ada advertising, komik, corporate video, display artis dan colour separation. Lecturer aku ader ajak geng2 aku buat satu majalah kartun "KREKO" majalah tu dapat bertahan satu issue jer dalam pertengahan tahun 90an. Aku aderlah melukis kartun dalam 2-3 mukasurat. Member aku cakap Majalah tu tak laku sebab Kartun aku tak kelakar. Yer kot mungkin rezki aku bukan dekat kartun. Dan aku anggap satu kutukan yg sangat bangsat bunyi yer..heh! Tapi bukan Komik Kreko yg kuar sekarang nie...tu mungkin dia org tiru. Tapi tak per aku tak kisah.
Sekang nie aderlah company freelance "Megrafix Studio" tapi malas nak ambik job sebab tak sempat nak buat keje kat opis dah sendat. Sampai kat umah mood keje dah ilang nengok anak2 aku bergurau pun aku dah tak der mood nak buat keje. Baik layan anak2 ataupun nengok tv. Tapi tahun2 lepas banyaklah jugak buat. Tapi bila tak nak 2-3 job datang...bila nak satu haram tak der. Satu hari nanti mungkin aku akan serius...macam dalam wonder pet "ini serius".

Tapi keje aku sekang nie adalah sebagai Colour Separation keje yg kurang membuat design asyik pantau design org jer. Kadang2 Gian jugak nak buat design takut otak nie berkarat. Ader jugak niat nak sambung study balik..bole ker aku study lagi nie?

mybrainsuckushouldknowthat
"Barakat Salamat"

20 April 2009

BLACK APRIL

Sebut jer bulan April otomatik kepala hotak kita akan nak memanjal org...April Fool. Tapi bagi aku bulan April 2009 kali nie penuh dengan dugaan.

Awal bulan anak aku si Aidan Torres mengalami muntah2 dan cirit-birit. Pada mulanya aku ingat tak ler teruk sangat. Dah dekat 5 hari minum susu jer muntah makan pun muntah sampai naik lembik di buat yer. Bawak pi spital kerajaan ampang nak jumpa doktor tunggu sampai 3 jam. Pastu bagi ubat tahan muntah jer. Keesokan hari berak2 lak pulak..tak bole jadik pi kat spital Ampang Puteri tak sampai 5 minit dah masuk air pastu masuk wad. Aku dah bini aku terpaksa bermalam kat sana sampai 3 hari 3 malam. Masuk malam ahad keluar tghari rabu..hati aku mula senang sebab menengok anak aku dah sihat.

Sarapan bapanya di spital...

Petang rabu pulak aku dah mula tak sedap badan macam nak deman perut mengulas..sudah aku pulak kena. Malam aku pulak berak2 sampai satu badan kesejukan. Pagi khamis aku tak larat nak pi keje sound kat bini aku aku nak pi klinik. Bini aku cakap anak sulung aku pulak muntah2. Apa nie berjangkit lah pulak. Si Aidan dah ok anak sulung aku Nafeesa lak kena. Jumaat petang bini aku balik dengan lemah yer dia cakap dia dah berak2 dekat 6x sejak dari tghari.

Dugaan demi dugaan aku dapat.....aku terima semua tu dan aku hadapi walaupun aku rasa masa tu aku tak tentu arah dibuat yer....Allah saja yg tahu. Seminggu setgh aku hadapi kini aku sekeluarga sihat Alhamdullilah...Si Aidan sejak sihat nie makin lasak dah bertambah2 akal yer..mungkin air glukos kat spital ari tu banyak sangat kot dalam badan. Si Nafeesa macam biasa jer tapi suka menyanyi, lagu top list sekang nie lagu dari Bunk Face...Aku dan bini aku macam biasa pikir masaalah yg sedia ada..heh!

LIVERPOOL [mighty reds]

Makin dekat nak merampas piala liga EPL. Kalahkan Man United 4-1 Kalahkan Real Madrid 5-0. Tapi kalah dengan Chelsea 7-5...Sampai sekarang nie aku geram betul nengok games tu..Pada fan Chelsea kowang jangan berlagaklah nak dapat UEFA kalahkan Barca dulu silap2 kowang kena. Yang bole kalahkan Barca Liverpool jer 2 tahun lepas liverpool kalahkan Barca dengan penuh bergaya. Man United fan "POSER" Salam takziah atas kekalahan dengan Everton dalam Piala FA lain kali kalau nak kalah biar dari awal jangan kalah separuh akhir tak guna buat penat jer. heh!

SELANGOR [Reds Giant]

Berjaya kefinal piala FA akan berlawan dengan Kelantan. Macam nak pegi lama betul tak nengok nie. Pada abang polis bawaklah jeep lama, manalah tau kot2 kena bakar kang tak ler teruk sangat. Aku ingat Final FA cup dekat Paroi berlawan dgn N9...paling dramatik pernah aku lihat. "VIVA SELANGOR"


p/s:many thanxz kat "GENG JAHAT" antu, sabsabsoi, buttercup dan (geng jahat simpanan Mustapa Yazam) ari tu lawat aku sekeluarga kat spital...u guyz r great.

HATEFEARPAINDEATH
"Barakat Salamat"

31 March 2009

MALAM JUMAAT....


Pagi sabtu 28hb Mac 09 aku menghadiri satu mesyuarat Kesatuan Pekerja disyarikat aku. Tiba-tiba aku diberitahu salah satu kawan aku mengalami kecelakaan (kemalangan). Terkejut "Torres" aku mendengarnya.
Kawan aku yg bernama wan (nama pendeknya) adalah seorang Penolong Pengurus Bahagian Percetakan Digital POD (print on demand). Aku pun mengelabah jugaklah camner keadaan kawan aku nie teruk ker kemalangan yer. Sebab baru2 nie aku kehilangan satu kawan jugak yg bekerja disyarikat aku pekerja sekang nie cuma dia baru jer berhenti dan menjadik pensyarah di N9. Baru kawin 2-3 bulan mengalami kemalangan ngeri kereta kelisa yg dipandu dilanggar lori. Terus meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami pendarahan di kepala. Moga Roh Wanie dicucuri rahmat...Amin.


Berbalik pada kawan aku nie yg bernama wan nie...aku dapat sms mengatakan wan dimasukkan ker wad icu. Teruklah tu sampai masuk icu. Dan hari nie 30hb Mac 09 aku dan Geng Jahat pergi Terjah ke spital melawat wan dan nak tahu citer sebenarnya.

Sesampai ditawakal mencari parking dan ternampak satu restoran Haslam. Aku cakap harga ok ker kat haslam nie...kawan aku cakap sama jer cam kedai biasa harganya.


Camnie citernya....

Pada Malam jumaat kawan aku nie kuar ler nak carik makanan so dia pun menaiki motor. Semasa perjalanan dia terlanggar batu. Batu besar kot kalau batu kecik takan jatuh. Semasa jatuh badan kawan aku nie jatuh lak kat divider bahagian perut lak tu. Kawan aku nie badan yer besar tapi bukan gemuk. Kalau 40 km pun impak dia jatuh bole tahan jugak. Dia tak pergi spital lepas sebalik yer dia terus balik kerumah cam biasa jer. iskk..!! Setiba dirumah dia sakit biasa jer kata bininya siap bole berinternet lagi baginya perkara kecik ler. Tapi..............

Pagi esok yer pulak dia mengalami kemuntahan yg amat teruk...tapi tak muntah berdarah lalu mengalami sakit dada yg kritikal. Muntah berterusan hingga bini yer membawa ker klinik berdekatan. Lalu klinik memperiksa kawan aku nie lantas itu doktor memberi note pada spital Tawakal supaya kawan aku nie diperiksa lebih terperinci. Setiba di Tawakal terus membaca note dari klinik dengan pantas membuat pembedahan. Katanya ada pendarahan dalaman. Kata bini kawan aku nie doktor belah menegak dari tgh dada hingga sampai pusat...bila sampai pusat doktor corner separuh bulat di pusat dan terus kebawah skit..kowang bayangkanlah. Pastu doktor telah buang darah beku lebih kurang sekilo beratnya. Alhamdullilah sekang nie kawan aku stabil.


Balik pastu aku dan Geng Jahat pergi makan kat Haslam. Akibat yer aku makan nasi, ayam, telur masin, tauhu minum Teh O Ais kena bayar RM8.40. Alah harga sama jer cam kedai lain...kata kawan aku.

Line up Geng Jahat:
Jembalangz
Antu
SabSabSoi
Helli 4X4

Aku Doakan moga kawan aku nie cepat sembuh...dan dalam minggu aku akan upah org (Bibik) membunuh ikan Haruan yg abg aku tangkap kat sungai langat yg sekang bersenang lenang kat dalam akuarium umah aku.

Amin...
"Barakat Salamat"

28 March 2009

TURUN DARI LANGIT?

Lama betul tak update Blog nie. Bukan malas cuma tak baper rajin jer nak menaip. Banyak citer nak diciterkan tapi tak baper rajin nak menaip.

Baru2 nie Ulu Langat dilanda banjir. Hujan yg lebat sampai empangan langat di buka sedikit (baru sedikit tu) akibat yer banyak rumah ditenggelami air termasuk rumah Mustapa Yazam. Empangan nie berusia 20 tahun itu yg aku tau tu pun ader brother langat yg citer kat aku. Dalam usia begitu lama kemungkinan tidak bole menampung air yg begitu banyak kot. Kalau pecah satu langat jadik cam kenyir kot.

Tu hujan air, baru2 nie aku terbaca satu artikel hujan haiwan di majalah Siswa keluaran DBP. Hujan haiwan nie bukan perkara baru dia terjadi dah lama sejak berdekad yg lampau. Pada tahun 1894 di england berlaku hujan obor-obor. Ramai lah kena sengat kot dah hujan obor2 mesti berlendih2 jalanraya atau pun bumbung2 rumah.

Hujan katak?...Di kansas USA berjuta2 ekor katak mencurah2 turun dari langit. Aku tak leh bayangkan camner katak tu jatuh atas kepala org. Lagi2 atas kepala perempuan kompom mesti mengeliat punyalah kegelian mereka..kehekehkeh!. Tokey2 restoran cina mesti senyum lebar punya lepas tu tak yah carik katak kat semak lagi.

Hujan haiwan pun terjadik jugak apa kat Singapura. Ikan todak langgar singapura. Walaupun bukan turun dari langit tapi termasuk golongan hujan ler jugak. Dikatakan disebab selepas gempa bumi macam tsunami kot. Di honduras pun berlaku hujan ikan sekurang2 yer sekali sejak beratus tahun dulu. Pakar kaji selidik telah menyelidik ikan yg jatuh dilangit tu. Fizikal tu ikan tu saiz sama jer lebih kurang 6 inci panjang. Yelah kalau besar ikan paus tak gila dibuat yer. Tapi ikan tu semua yer buta...mungkin ikan dasar laut. Dasar laut gelap gelita kehidupan didasar laut mungkin buta kot. Tapi bukan spesis yg bukan asal dari honduras..pelik?

Banyak lagi hujan2 haiwan melanda di dunia. Macam tak logik jer bunyi yer. Tapi dengan kuasa Allah semua tak mustahil.

Aku bayangkanlah kot2 di malaysia nie hujan "WANG" turun. Lagi2 zaman meleset nie ramai gumbira giler...termasuklah aku sekali..kehekheke!

Salam sejahtera
"Barakat Salamat"

02 March 2009

DON'T TOUCH MY STUFFZ...(Part 1)

Aku nak citer pasal hobi. Aku rasa semua orang ada hobi masing2 paling bangsat pun mengumpul stem...ermm ada lagi ker orang mengumpul stem?..ada kot. Zaman budak aku suka kumpul keta besi (diecast) tiap2 minggu aku akan suruh emak aku ker akak aku ker beli diecast. Hobi tu pulak bawak aku ke zaman bujang hinggalah aku dah ada anak. Tapi sekang nie dah slow skit. Aku nak tunjuk skitlah beberapa action figures dan barangan kesayangan aku...tengok bole sentuh mintak maaf. Bini aku pun aku tak kasik sentuh apertah lagi anak2 aku. Heh!



Beberapa hotwheel yang aku rasa best kalau aku simpan dan Mug Universal Studio hadiah dari anak buah aku.

Gundam Anniversary Special Edition Movie G-Savior.
Gundam (Hazel Custom)

Gundam (Advanced Hazel) ....Salah satu design Gundam kegemaran aku.

"Barakat Salamat"