20 April 2009

BLACK APRIL

Sebut jer bulan April otomatik kepala hotak kita akan nak memanjal org...April Fool. Tapi bagi aku bulan April 2009 kali nie penuh dengan dugaan.

Awal bulan anak aku si Aidan Torres mengalami muntah2 dan cirit-birit. Pada mulanya aku ingat tak ler teruk sangat. Dah dekat 5 hari minum susu jer muntah makan pun muntah sampai naik lembik di buat yer. Bawak pi spital kerajaan ampang nak jumpa doktor tunggu sampai 3 jam. Pastu bagi ubat tahan muntah jer. Keesokan hari berak2 lak pulak..tak bole jadik pi kat spital Ampang Puteri tak sampai 5 minit dah masuk air pastu masuk wad. Aku dah bini aku terpaksa bermalam kat sana sampai 3 hari 3 malam. Masuk malam ahad keluar tghari rabu..hati aku mula senang sebab menengok anak aku dah sihat.

Sarapan bapanya di spital...

Petang rabu pulak aku dah mula tak sedap badan macam nak deman perut mengulas..sudah aku pulak kena. Malam aku pulak berak2 sampai satu badan kesejukan. Pagi khamis aku tak larat nak pi keje sound kat bini aku aku nak pi klinik. Bini aku cakap anak sulung aku pulak muntah2. Apa nie berjangkit lah pulak. Si Aidan dah ok anak sulung aku Nafeesa lak kena. Jumaat petang bini aku balik dengan lemah yer dia cakap dia dah berak2 dekat 6x sejak dari tghari.

Dugaan demi dugaan aku dapat.....aku terima semua tu dan aku hadapi walaupun aku rasa masa tu aku tak tentu arah dibuat yer....Allah saja yg tahu. Seminggu setgh aku hadapi kini aku sekeluarga sihat Alhamdullilah...Si Aidan sejak sihat nie makin lasak dah bertambah2 akal yer..mungkin air glukos kat spital ari tu banyak sangat kot dalam badan. Si Nafeesa macam biasa jer tapi suka menyanyi, lagu top list sekang nie lagu dari Bunk Face...Aku dan bini aku macam biasa pikir masaalah yg sedia ada..heh!

LIVERPOOL [mighty reds]

Makin dekat nak merampas piala liga EPL. Kalahkan Man United 4-1 Kalahkan Real Madrid 5-0. Tapi kalah dengan Chelsea 7-5...Sampai sekarang nie aku geram betul nengok games tu..Pada fan Chelsea kowang jangan berlagaklah nak dapat UEFA kalahkan Barca dulu silap2 kowang kena. Yang bole kalahkan Barca Liverpool jer 2 tahun lepas liverpool kalahkan Barca dengan penuh bergaya. Man United fan "POSER" Salam takziah atas kekalahan dengan Everton dalam Piala FA lain kali kalau nak kalah biar dari awal jangan kalah separuh akhir tak guna buat penat jer. heh!

SELANGOR [Reds Giant]

Berjaya kefinal piala FA akan berlawan dengan Kelantan. Macam nak pegi lama betul tak nengok nie. Pada abang polis bawaklah jeep lama, manalah tau kot2 kena bakar kang tak ler teruk sangat. Aku ingat Final FA cup dekat Paroi berlawan dgn N9...paling dramatik pernah aku lihat. "VIVA SELANGOR"


p/s:many thanxz kat "GENG JAHAT" antu, sabsabsoi, buttercup dan (geng jahat simpanan Mustapa Yazam) ari tu lawat aku sekeluarga kat spital...u guyz r great.

HATEFEARPAINDEATH
"Barakat Salamat"

2 comments:

sabSoi said...

Yang kau kena sakit tu...memang patut pun, dah lama tak sakit..nanti tak rasa nikmat sihat pulak... Aidan & Pisa tu...biarlah bersakit dahulu bersihat-sihat kemudian lagi nikmat tak gitu.

jembalang said...

ermmmm..penuh keinsafan aku membaca yer.