04 July 2012

Apple bayar RM185.48j selesai isu iPad

APPLE Inc bersetuju membayar sebuah syarikat tempatan AS$60 juta (RM185.48 juta) untuk menamatkan perbalahan berhubung pemilikan nama iPad dan melancarkan jualan komputer tablet itu di pasaran China, kata mahkamah negara itu.

Apple berkata, syarikat itu membeli hak global bagi nama iPad daripada Shenzhen Proview Technology pada 2009, namun begitu pihak berkuasa China menyatakan hak pemilikan di negara itu tidak pernah dipindahkan. Mahkamah China pada Disember lalu mengeluarkan perintah Proview kekal sebagai pemilik nama itu di China dan syarikat itu juga meminta pihak berkuasa untuk menyita iPads. 

Pertikaian itu menjurus kepada sama ada Apple membeli nama iPad di China apabila ia membeli hak di pelbagai negara daripada anak syarikat Proview di Taiwan pada harga AS$55,000 (RM170,000). “Penyelesaian mengenai pertikaian iPad sudah berakhir,” kata Mahkamah Tinggi Guangdong dalam satu kenyataan di Beijing, semalam.

“Apple sudah memindahkan AS$60 juta ke dalam akaun Mahkamah Tinggi Guandong seperti yang diminta menerusi surat pengantaraan,” katanya.

China adalah pasaran kedua terbesar bagi Apple selepas Amerika Syarikat dengan pertumbuhan jualan yang tinggi bagi syarikat dari Cupertino, California itu. 

Proview mengharapkan lebih banyak bayaran tetapi berasa tertekan untuk menyelesaikan isu itu kerana ia perlu menjelaskan hutang, kata seorang peguam bagi syarikat berkenaan, Xie Xianghui. 

Beliau berkata, syarikat itu sebenarnya mahukan bayaran sebanyak AS$400 juta (RM1,2 bilion) dan akan diisytiharkan muflis dalam prosiding undang-undang berasingan walaupun menerima bayaran daripada penyelesaian berkenaan.

“Ini adalah keputusan yang diterima kedua-dua pihak,” kata Xie. 

Pertikaian itu menjurus kepada sama ada Apple membeli nama iPad di China apabila ia membeli hak di pelbagai negara daripada anak syarikat Proview di Taiwan pada harga AS$55,000 (RM170,000). 

Mahkamah Disember lalu bagaimanapun menyatakan Proview yang mendaftarkan tanda niaga iPad di China pada 2001, tidak terikat dengan jualan berkenaan, walaupun ia adalah sebahagian daripada syarikat yang sama.

Shenzhen Proview Technology adalah anak syarikat pengeluar skrin LCD, Proview International Holdings Ltd yang berpusat di Hong Kong. – AP

"Barakat Salamat"

1 comment:

Princess Buttercup said...

bro..boleh tak taruk font ni kaler putih?