05 May 2009

GIAN...

Aku nie takler pandai sangat. Standard belajar pun setakat Kolej. Tapi kalau setakat menconteng aku memang terer. Kerusi taman, lif, beg skolah, gerai abc makcik duk tingkat 13, dinding dan buku sekolah semua aku dah conteng. Kalau buku sekolah tu mukasurat paling bersih kakak aku dah tegur dia cakap aku tak baca sebab aku baca sambil menconteng. Tamat sekolah aku masuk kolej tu pun kakak aku suruh ambik arkitek. Punyalah boring satu ari buat line jer.Seminggu buat line jer guna pembaris T..heh!

So aku ader kenal budak senior kat kolej tu. Dia pun ajak aku lepark kat studio. Memang enjoy beb buat lukisan buat komik buat iklan buat kartun aku jer buat bodo sebab buat line pakai pembaris. Aku pun rasa cam best jer course tu..aku pun jumpa lecturer cakap aku nak tukar course. Aku cakap aku tak der roh nak buat line dengan detail pakai pembaris. Memandangkan aku nie budak yang baik baru seminggu jer buat line lantas aku pun dibenarkan tukar course.

Lepas aku belajar aku keje. Sebelum tu aku menganggur dekat 2 tahun yerlah saper nak abis beras kat umah kalau bukan aku. Masa menganggur aderlah buat niaga kecil-kecilan niaga burger. Tak baper laku sebab yg melepark lebih ramai dari membeli..manakala awek2 tak akan beli yer sebab ramai kutu lepark main gitar dengan suara sumbang kahak. Nak halau kawan-kawan nak marah tak sampai hati..last2 aku biarkan member aku niaga aku join lepark lagi puas ati. Aku keje macam2 company, ada advertising, komik, corporate video, display artis dan colour separation. Lecturer aku ader ajak geng2 aku buat satu majalah kartun "KREKO" majalah tu dapat bertahan satu issue jer dalam pertengahan tahun 90an. Aku aderlah melukis kartun dalam 2-3 mukasurat. Member aku cakap Majalah tu tak laku sebab Kartun aku tak kelakar. Yer kot mungkin rezki aku bukan dekat kartun. Dan aku anggap satu kutukan yg sangat bangsat bunyi yer..heh! Tapi bukan Komik Kreko yg kuar sekarang nie...tu mungkin dia org tiru. Tapi tak per aku tak kisah.
Sekang nie aderlah company freelance "Megrafix Studio" tapi malas nak ambik job sebab tak sempat nak buat keje kat opis dah sendat. Sampai kat umah mood keje dah ilang nengok anak2 aku bergurau pun aku dah tak der mood nak buat keje. Baik layan anak2 ataupun nengok tv. Tapi tahun2 lepas banyaklah jugak buat. Tapi bila tak nak 2-3 job datang...bila nak satu haram tak der. Satu hari nanti mungkin aku akan serius...macam dalam wonder pet "ini serius".

Tapi keje aku sekang nie adalah sebagai Colour Separation keje yg kurang membuat design asyik pantau design org jer. Kadang2 Gian jugak nak buat design takut otak nie berkarat. Ader jugak niat nak sambung study balik..bole ker aku study lagi nie?

mybrainsuckushouldknowthat
"Barakat Salamat"

1 comment:

Princess Buttercup said...

Kalo ko lepas gian pada melukis tak pe... tapi kalo minat nak belajar tu bagus gak..aku pun ada rasa cam nak sambung belajar gak..apa kata kita belajar sesama...pas tu segala assignment aku, ko buatkan lah... hehehe...