11 February 2009

UMNO can, PAS cannot...

Adakah penyokong-penyokong Idris Jusoh itu tidak menderhaka kepada Sultan Terengganu? Sedangkan kata-kata tersebut boleh ditafsirkan sebagai menghina sultan dan boleh diambil tindakan kerana sultan yang melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu ketika itu.

Dunia....Dunia..... Bila UMNO semua boleh tapi bila PAS semua tak boleh. Mati itu pasti, seksa kubur itu pasti, mungkar nangkir itu juga pasti....

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah
...some shit like thatlah
"Barakat Salamat"

3 comments:

Anonymous said...

Rasanya inilah pertama kali istana atau institusi di raja dihadapkan dengan tunjuk perasaan di jalan raya oleh rakyat Melayu sendiri; dan diambil tindakan undang-undang atas isu politik oleh seorang pemimpin bukan Melayu.

Anonymous said...

Raja Melayu harus lakukan reformasi sebelum reformasi Raja dilakukan oleh rakyat. Apalah Raja tanpa rakyat, tidak bergelar Rajalah mereka tanpa rakyat. Telah terkubur dan hilang kerajaan di raja yang pernah bertapak dalam dunia ini atas kebodohan yang mereka lakukan sendiri. Ada yang digulingkan rakyat dan ada yang dimusnahkan Tuhan tanpa kita lihat kesan yang ditinggalkan hatta seketul batu sekalipun.

Aku secara peribadi menghormati Raja-raja kerana 'Ulil Amri" bukan bikinan manusia tetapi ia kurniaan istimewa dari Illahi sebagai amanah. Bukan Raja saja, manusia malah haiwan dan makhluk seisi alam juga mesti disayangi selama mana ia 'baik' terhadap kita. Tidak mampu aku menghormati pemimpin termasuk Raja yang berperanan memimpin rakyat seperti aku tetapi berkelakuan sumbang, minum arak dan berjudi, kaki perempuan, makan rasuah, berjiwa penakut dan khianat.
-SAAB_

DeeN said...

Mungkin diorang dah lupa kot. Takpun, diorang punya lesen agong. Tu pasal leh lepas. Gua rasalah..