07 February 2009

MAIN "GILA"

1. 25 Januari 2009 - Adun Bota (BN) masuk PKR
2. 3 Februari 2009 - Tiga Adun iaitu Changkat Jering,Behrang,Jelapang telah keluar PKR
3. 4 Februari 2009 - Adun Bota kembali ke BN


Dato Seri Najib umumkan BN kembali merampas Perak dari PR.

Perak apa dah jadi?
Sultan baru sambut hari jadi
YB lompat parti
Duit dapat berguni-guni
Rakyat makan hati dan maggie

Kowang pun tau apa maksud pantun tu...kawan aku yg bagi. Aku naik menyampah tengok tv lagi-lagi tengok muka yang tak tau malu bercakap. Kawan aku sampai tak kuar suara. Aku cakap pehal lu beb...Dia cakap aku jerit nengok tv tengok pasal Perak. Gila apa bukan dia org dengar pun. Aku tak dapat bayangkan macam mana gaya yer member aku jerit depan tv. Member aku nie anak jati perak kalau game bola dia mesti balik perak punya.
Nampaknya rancangan jahat UMNO berhasil di Perak. Lihatlah bagaimana perasaan umat Melayu terhadap Sultan mereka di Perak. Tapi apa pulak pandangan kaum cina kat org melayu? Tak malu ker nak aku kata org melayu nie "BODOH" ada pulak org marah kat aku plak. Tapi tu lah hakikat yer...sakit hati aku apertah lagi org perak yg kuar mengundi yg percaya kat Yb alih-alih Yb main gila atas dasar kepentingan diri sendiri.

Apakah kegembiraan Najib kini akan berkekalan? Yerlah belum apa-apa muka plastik selalu jer kuar kat tv buat muka sedih citer pasal Rakyat Palestin. Padahal budak melayu banyak yg yg mati merempit, yg mati leka main sms langgar pokok, berlakon kat dalam henphone tunjuk tubuh badan kowang tak sedih ker? Bagaimana jika ditakdirkan Allah s.w.t. selepas ini ada dua atau tiga orang ADUN BN Perak mengalami sakit jantung lalu arwah? Sudah tentu PRK akan diadakan. Dalam arus deras tsunami politik kini, kemungkinan UMNO akan kalah adalah tidak boleh dielakkan. Aku harap sangatkan. Jika UMNO kalah sudah pasti PR akan mengambil semula kerajaan. Jika ini berlaku, sudah pasti ianya sangat memalukan kesemua mereka yang palat-palat yg terlibat dalam konpirasi menjatuhkan kerajaan PR Perak. Turut akan merasa malu ialah.....(sapa agak2 yer?)

aku ada hak bercakap kata negara demokrasi
"Barakat Salamat"

7 comments:

Unknown said...

Btol bang. Saya sokong abg. Kita ada hak bersuara. Hentam je bang.

*Taktik BN memang keji sangat.

Zu Ismail said...

uihkz.. hamba takut papa kena banned jer pas nin... jangan tajam sangat, karang hamba dan anak-anak yang kena tinggal.. tak pasal-pasal hamba ujudkan pulak parti politik memohon keadilan!!!

Anonymous said...

Yg Muka Plastik tu aku nyampah gak...Kalau Cuaca Panas ke muka dia boleh cair wooo..Citer pasal Politik ni mana2 pun sama, yg betulnya hanya nak kayakan sedara mara & jiran sebelah je.

Princess Buttercup said...

Sudah lumrah...kita sebagai manusia memang tidak pernah berasa puas..

Tapi aku harap ko setakat nak luah perasaan je lah pada blog ni je lah.. sebab bg aku..kita nih golongan bawahan...sesapa pon yg memerintah tak memberi kesan pada kita..maksud aku dari segi kelebihan ke apa ke....kita masih kerja jadi kuli dan masih menerima gaji on the dot.. itu lagi penting..

Aku selagi aku masih boleh buat apa yg aku suka macam masuk hutan ke...apa ke...aku tak kisah sesapa memerintah...tapi kalo hobi aku pon terjejas...haa...itu lain cerita...

ZulDeanz said...

aku tahu siapa yang ko maksudkan....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

~0~:
hell yeah!

Cik Zura:
isyaallah tak der apa2.. papa dimana?..papa disini.

sabsoi:
betul politik dimana2 pun sama..sama cam politik badminton & futsal kat opiz kita.

princess buttercup:
memang gaji on de dot tapi ot tak der dot pun..heh!..ko masuk utan tu memang takder org nak halang sebab tak der YB kat saner..paham!

zuldeans:
ko tau aper aku maksudkan....bravo2