02 September 2009

REMAJA ISLAM & MERDEKA.....

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Isi kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Kemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta. Pemerintah BN hari ini suka-suka jer melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum sebagai pengkhianat. Padahal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan negara kepada orang asing.....BOLEH PULAK!....

Mereka jugak khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Style mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah....tak ker bangsat. Remaja Islam sekarang nie dah tak macam Islam lagaknya. Arak, Perempuan, Rempit...dan macam2 lagi. Pernah aku terserempak dengan sekumpulan remaja Islam tengah malam sedang sibuk memilih arak di pasaraya dekat Bandar Baru Ampang. Muka masing-masing selamba jer macam tak kenal dosa atau pun tak akan mati. Nak jer aku lempang setiap seorang....memandangkan dia orang ramai aku lupakan hajat murni aku tu.... Tak apa esok dia orang jawablah sendiri kalau sempat taubat takper...kalau tak sempat....kau orang tanggunglah sendiri dengan tuhan....aku tak nak campur urusan orang.


Kerajaan negeri Selangor sekarang nie (bukan kerajaan selangor dulu....dulu senggal) sedang bertindak supaya premis-premis kedai tidak menjual arak secara terbuka. Walaupun bunyi macam payah tapi sekurang-kurangnya mencuba tak macam dulu punya kerajaan negeri Selangor. Dalam pada itu 7 eleven di selangor setuju tidak menjual Arak di pertempatan majoriti orang melayu. Sekurang-kurangnya ada jugak yang menyokong.


Ada di sekitar Ampang sepasang suami isteri telah sanggup membuat satu penginapan menjaga anakanak luar nikah. Semua anak-anak luar nikah itu adalah orang melayu...kalau melayu dah tentu agamanya Islam. Kebanyakan anak orang-orang berada yang bermasaalah kerana malu....tak nak orang tahu anak mereka ada anak luar nikah maka anak yang tak berdosa sanggup mereka nak letak merata-rata. Nasib baik ada sepasang suami isteri berhati mulia sanggup berkorban menjaga anak-anak ini. Macam nie punya manusia pun ada...tak takut kat tuhan. Sumber ni aku ketahui melalui Tazkirah surau rumah aku. Bagi aku sistem yg ada sekarang nie tidak relevan....hanya cuma untuk kepentingan individu. Aku memperjuangkan untuk anak-anak aku yang sedang membesar. Supaya mereka berada di sistem yang betul....kalau arak boleh dibeli sesenang hati...memang parahlah keturunan kita esok.


Sedarlah bangun kamulah akan mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara kamu sendiri. Kamu tidak boleh mengharapkan orang tua..sebab kebanyakkan orang tua hari ini sudah hanyut dengan arus politik yang carca marba haru biru..sampai aku pun tak paham nak cakap apa. Anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk tujuan dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab kau orang sebagai anak merdeka.


Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni....kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.


Bersama kita lakukannya !


"Barakat Salamat"

3 comments:

sabsoi11 said...

Tak sangka Jembalang ada semangat Petrotik, pastu pulak dah pandai bagi Tazkirah...syukurlah...mungkin lepas ni kat Opis aku tak dengar dah lagu puja syaitan...

Anonymous said...

Aku rasalah YB Kassim bayar dia ni,...sebab tu aku tengok sebulan dua ni Abg Jem macam masuk jeeeee....

K-ReXz said...

Banyaklah ko masukkkk......keluar adalahhhhh....