04 July 2009

REUNION "SRK HANG TUAH 79" DI SAMUDERA RESORT MELAKA 27/28 JUN 2009.

Dah lama betul tak bercerita kat Blog nie...dan dah lama tak jumpa member2 sekolah. Baru2 nie member2 sekolah rendah jalan Hang Tuah berpakat hendak buat Reunion di Melaka dan aku tak lepas kan peluang sebab dah lama tak jumpa member2 lama nie. Lebih kurang 15 tahun rasanya tak jumpa. Giler beb seronok giler aku yerlah sebahagian member2 nie adalah jiran aku dan kami sama2 membesar. Sekarang nie kami pun sama2 membesarkan perut..heh!

Setiba di Melaka kami menetap di Samudera Resort Di Tanjung Bidara. Lebih kurang 19 kereta kesemuanya. Masing2 membawa laki dan suami dan anak2 masing takan nak bawak anak jiran kot. Memang best biler dapat jumpa pastu citer kisah lama2...Samudera Resort tu dah tak der penghuni....yerlah dah 19 keluarga. Kami berpakat membuat satu persatuan supaya dapat merapat silahturahim sesama lain. Mencari Pengerusi dan Ajk supaya Persatuan Alumni Hang Tuah 79 berjalan dgn lancarnya dari masa ke semasa. Yang tak best yer aku pulak kena jadik Ajk...iskk tapi takperlah buat apa yg termampu. 
Pada malamnya kita org buat dinner makan babi beratur (BBQ) heh!...banyak jugak ikan2 bakar yg berlebihan aku suruh jer dia org campak kat laut balik. Bini aku pun terkejut yerlah Reunion nie utk tahun 79..dia lahir thn 79 tak ker pelik. Tapi nasib baik bini aku nie pandai sesuaikan diri (walaupun payah nak cakap ngan org dia nie). Dan komplen yer yerlah acara pada Reunion nie kurang teratur dan sikit sangat aktiviti utk budak2. Aku dah ketengahkan komplen bini aku nie pada mesyuarat pada 9/7/09. Maklumlah lama tak jumpa utamakan borak dari aktiviti2 lain. Mungkin pasnie mungkin teratur dah beratur.

Tapi yg paling best ader aktiviti "AMOBC" (After Midnight Old Boyz Club). Aktiviti masa zaman budak2 dulu dan Ahli Kelab jer yg tau...

"AMOBC" Forever
STRANGERS SANPENG
"Barakat Salamat"

1 comment:

Anonymous said...

woit buat la citer pasal ikan laga ke pasal spider ke...apara...hua3...best woo jumpe membe lama...memori lama berulang kembali...tingat aku kt ??? - Fandy ??? -