16 December 2008

CITER SEDIH, TAPI TAK PERLU MENANGIS DIBUCU KATIL.

Aku nie dilahirkan kepala bersize besar(bukan cacat) heh! Dengan itu amat payahlah aku hendak memakai topi. Aku suka pakai topi. Zaman sekolah aku tak pernah tak pakai topi mesti ada topi. Tu pun topi kakak aku beli kat U.S masa kakak aku belajar kat sana banyak dia beli aderlah dekat 5 helai emm.. 5 buah.. emmm 5 topilahhh.

Pada beberapa bulan lepas aku ader sukan 4 penjuru di putrajaya. Aku sempat round di alamanda. Semasa aku round-round kat situ ader ternampak beberapa topi di sebuah gerai kat dalam alamanda. Nampak macam besar jer sebab sebelum nie kat mana-mana size dia alah macam budak-budak tak cukup lahir jer aku nengok.

So aku try ler satu...phulamakkk bole pakai size besar beb. Hati aku meronta-ronta keriangan dan bini aku pun sound, nak belilah... kan payah nak carik tempat lain. Memang nak belilah nie aku pun tanya kat minah jual topi tu warna hitam ada pastu ada gambar tengkorak ker...Dia cakap ader bang. Cantik aku tengok aku pakai aku bayar aku blah.

So aku pakai topi tu setiap kali kuar weekend. Topi tu aku akan letak di sebelah seat keta aku. So senang ler kalau hujan ker panas ker aku pakai. Tapi topi tu dah hilang merata-rata aku carik tak jumpa. Takan dalam keta pun bole hilang. Tengok cermin tak pernah pecah. Takan nak curik topi sampai pecahkan cermin kalau laptop tu logik jugak.

Aku pun dah lupa pasal topi tu sebab aku ada topi baru. Tapi tak lah best cam topi yang hilang tu. Tghari tadi member aku ajak makan aku cakap tak yahlah aku ader 4 ringgit jer nie aku nak pi bank pastu bole makan kat luar. Member aku cakap takyahlah panas nanti kulit kita kena sinaran UV berlebihan. So member aku merelakan RM10 dia bertukar tangan dengan aku. Aku berangkat ler kat cafe opis aku.
Semasa berjalan-jalan ke cafe member aku tegur.."wey topi mamat indon tu sama ngan topi lulah beb"...Aku tengok memang sejibik warna hitam ader tengkorak font warna merah. Iskk sah aku punya..aku sound kat member aku yg topi aku dah hilang. Berdekah-dekah dia gelak mungkin masa aku ambik beg aku topi tu tercicir. Member aku suruh ambik kat mat indon tu, member aku satu lagi cakap takan aku nak pakai mesti geli punya...iskk tau tak per geli siol.

Mula pada hari nie aku akan melihat topi aku tu dipakai org lain. Sebab mat Indon tu kerja kitar semula kat opis aku. Sebak senak hancus hati aku setiap kali lalu depan pondok kitar semula tu. Kalau nak hilang..hilanglah..bodo punya mat indon tu bole pakai topi jumpa. Tapi topi aku tu cantik nampak baru sebab aku jarang pakai.

Tulah citer sedih aku..kowang janganlah menangis dibucu katil. Asal yer aku nak citer pendek jer ntah camner bole panjang. Dan aku tak sampai hati nak tanya mat indon tu mana dia beli topi tu. Biarlah dia pakai sampai tua ^^a^^p@$...

Sad But True

"Barakat Salamat"

6 comments:

Zu Ismail said...

ler.. awak tanyerlah indon tuh.... daripada tido berdengkur kuat membingitkan telinga pasal bersedih topi hilang, baik amik balik topi tuh..sekurang2nye bibik buleh basuh, saya pun buleh tido lena

K-ReXz said...

ermmmm...tak dengar pun berdengkur.

Princess Buttercup said...

Yakinlah bahawa "Patah Tumbuh..Hilang Berganti"...spt mana aku yakin yang aku tak menangis di bucu katil ketika membaca citer sedih ini..

ZulDeanz said...

Alaaa.... Putrajaya bukannya jauh nak beli baru bro!!

Princess Buttercup said...

Ada sentimental Value kot..tu pasal yg sedih semacam...

Anonymous said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
huhuhuhuhuhu....








amiro