30 December 2008

HON LEMBU and THAN BABI FOREST CROSS BY...(edisi Dwi Bahasa)

Cuti Krismas baru me n my wife balik terengganu. Sebab long time tak jumpa mother in law. You all knowlah kan kl to ngganu is long time nak sampai. Semasa isi minyak kat pertronas somewhere kat gombak ada mamat minyak tu soundlah aku yer viper dah keras. Apa hal aku punya keta who cares. Tapi aku belilah jugak... viper tu memang keras pun 2 tahun tak tukar. Mamat tu sound ader viper silikon dulu price dia RM59.90 but now very murah RM39.90. On de way kat highway after lachang kot...the rain is going down so heavy duty i tell you. Sampailah kat ngganu raining tak berhenti. Nasib baik beli viper silikon tak sia-sia. Lepak kat ngganu 3 malam 4 hari tu pun hujan all the time.
Ok on de way back Ngganu ker KL thatz de story begin....
Semasa on de way back somewhere before dungun. Masa drive tengah layan lagu tiba-tiba seekor lembu simply jer lintas jalan... dengan muka selamber lembu jer lintas aku nasib baik tak panic. Aku Hon Lembu tu...tapi selamber jer dia jalan. I think in my genius brainlah kat ngganu nie lembu always all de round in de road. If de lembu cross someone will be hurt or die. Pelik jugak masyarakat kat sana tak ambik kisah safety org lain. Last 2 year ago my friend die sebab org lain elak kambing and then langgar my friend. My friend dan anak umurnya tak sampai setahun meninggal also kambing to. Satu lagi lembu-lembu kat sana banyak bukan satu guardians jer ramai guardians. Dan lembu tu kenal guardian dia dan guardian tu tau plak kenal lembu sendiri. Saper bijak lembu ker guardian? I think lembu n Guardian bijak b'koz they know each other hahahaha! (laugh to myself). Aku hon lembu tu...lembu tu bukan tau apa pun. Dah nama yer lembu aku hon sampai esok pun dia buat muka selamber lembu jer..hahahaha!(laugh to myself again).
So aku teruskan perjalanan. Dalam 10 minute perjalanan aku dikejutkan lagi satu bender besar hitam macam kotak cross jalan. Apa neraka (wat de hell) is Babi Forest plak cross by nyaris tak langgar kalau tak kena repair satu hal kena samak lak keta aku. I look in the back mirror keta berjunction siur kat belakang keta aku elak babi forest tu (dia org pun takut nak kena samak keta) hahahahah! (laugh to myself again n again). Kakak aku cakap babi tu tak leh pandang kiri dan kanan, dia jalan menyondol jer. Kalau dia pandang kiri dia akan lupa jalan. Babi mudah lupa. Tak bole salah babi forest tu sebab babi tu tak der guardian. B'koz de babi's belong to forest that why dia org panggil babi forest. Kalau duduk kat town dia org panggil babi's town..hahahahah! (lol). Kali nie aku tak hon.
Moral that story don't hon de lembu.
...go to school by bus!
"Barakat Salamat"

21 December 2008

INTERNET CABLES TO MIDDLE EAST DAMAGED AGAIN


Internet and phone communications between Europe, the Middle East, and Asia have been again seriously disrupted after submarine cables were severed. It is thought the FLAG FEA, SMW4, and SMW3 lines, near the Alexandria cable station in Egypt, have all been cut. A fault was also reported on the GO submarine cable 130km off Sicily. Experts warned that it may be days before the fault is fixed and said the knock on effect could have serious repercussions on regional economies. The cause of the break is as yet unknown, although some seismic activity was reported near Malta shortly before the cut was detected.

In a statement released in relation to one of the breaks, France Telecom said: “The causes of the cut, which is located in the Mediterranean between Sicily and Tunisia, on sections linking Sicily to Egypt, remain unclear.” The French firm said it was sending a ship out to fix the line between Italy and Egypt, although it could take until 31 December to fully repair the line. The main damage through is to the four submarine cables running across the Mediterranean and through the Suez Canal. It is thought that 65% of traffic to India was down, while services to Singapore, Malaysia, Saudi Arabia, Egypt, Taiwan and Pakistan have also been severely affected.

Patutlah slow semacam jer minggu nie....
"Barakat Salamat"

16 December 2008

CITER SEDIH, TAPI TAK PERLU MENANGIS DIBUCU KATIL.

Aku nie dilahirkan kepala bersize besar(bukan cacat) heh! Dengan itu amat payahlah aku hendak memakai topi. Aku suka pakai topi. Zaman sekolah aku tak pernah tak pakai topi mesti ada topi. Tu pun topi kakak aku beli kat U.S masa kakak aku belajar kat sana banyak dia beli aderlah dekat 5 helai emm.. 5 buah.. emmm 5 topilahhh.

Pada beberapa bulan lepas aku ader sukan 4 penjuru di putrajaya. Aku sempat round di alamanda. Semasa aku round-round kat situ ader ternampak beberapa topi di sebuah gerai kat dalam alamanda. Nampak macam besar jer sebab sebelum nie kat mana-mana size dia alah macam budak-budak tak cukup lahir jer aku nengok.

So aku try ler satu...phulamakkk bole pakai size besar beb. Hati aku meronta-ronta keriangan dan bini aku pun sound, nak belilah... kan payah nak carik tempat lain. Memang nak belilah nie aku pun tanya kat minah jual topi tu warna hitam ada pastu ada gambar tengkorak ker...Dia cakap ader bang. Cantik aku tengok aku pakai aku bayar aku blah.

So aku pakai topi tu setiap kali kuar weekend. Topi tu aku akan letak di sebelah seat keta aku. So senang ler kalau hujan ker panas ker aku pakai. Tapi topi tu dah hilang merata-rata aku carik tak jumpa. Takan dalam keta pun bole hilang. Tengok cermin tak pernah pecah. Takan nak curik topi sampai pecahkan cermin kalau laptop tu logik jugak.

Aku pun dah lupa pasal topi tu sebab aku ada topi baru. Tapi tak lah best cam topi yang hilang tu. Tghari tadi member aku ajak makan aku cakap tak yahlah aku ader 4 ringgit jer nie aku nak pi bank pastu bole makan kat luar. Member aku cakap takyahlah panas nanti kulit kita kena sinaran UV berlebihan. So member aku merelakan RM10 dia bertukar tangan dengan aku. Aku berangkat ler kat cafe opis aku.
Semasa berjalan-jalan ke cafe member aku tegur.."wey topi mamat indon tu sama ngan topi lulah beb"...Aku tengok memang sejibik warna hitam ader tengkorak font warna merah. Iskk sah aku punya..aku sound kat member aku yg topi aku dah hilang. Berdekah-dekah dia gelak mungkin masa aku ambik beg aku topi tu tercicir. Member aku suruh ambik kat mat indon tu, member aku satu lagi cakap takan aku nak pakai mesti geli punya...iskk tau tak per geli siol.

Mula pada hari nie aku akan melihat topi aku tu dipakai org lain. Sebab mat Indon tu kerja kitar semula kat opis aku. Sebak senak hancus hati aku setiap kali lalu depan pondok kitar semula tu. Kalau nak hilang..hilanglah..bodo punya mat indon tu bole pakai topi jumpa. Tapi topi aku tu cantik nampak baru sebab aku jarang pakai.

Tulah citer sedih aku..kowang janganlah menangis dibucu katil. Asal yer aku nak citer pendek jer ntah camner bole panjang. Dan aku tak sampai hati nak tanya mat indon tu mana dia beli topi tu. Biarlah dia pakai sampai tua ^^a^^p@$...

Sad But True

"Barakat Salamat"

12 December 2008

KORBAN DI KERAMAT

Bukan trajedi di bukit antarabangsa. Tetapi 4 ekor lembu telah dikorbankan di Masjid Al-Ridhuan Sempena Jamuan hari Raya Aidiladha Syarikat aku bekerja sekarang nie.

10hb Desember 2008 Syarikat aku telah membuat jamuan Hari Raya Aidiladha. Dan aku pun nak menceritakan sangatlah terlalulah panjang yer. Kowang nanti malas pulak nak membaca. Memandangkan ramai bloggers menceritakan pasal korban. Aku pun nak cerita jugaklah. Aku paparkan beberapa gambar. Kowang pun bole layan tengok tak payah membaca panjang-panjang. Aku pun malas nak type panjang-panjang. Sebab org malas selalu untung (sebab banyak dapat rehat). Org rajin selalu rugi sebab tak dapat banyak rehat..ha!ha!Ahakz!..

Mana ada sembelih lembu masa lembu berdiri..kena tumbangkan lembu dulu...tu yg dia org ramai2 nak tumbangkan.

psstt...bu..bu..(panggilan manja lembu) ko purak-purak pengsan ker?..tak guna ko purak-purak pengsan dia org akan sembelih ko jugak.

..alamak darah keluar banyaklah pulak..nie yg rasa nak pengsan nie.


Jenis tak menyabor punya org...kot yer pun tunggulah masak dulu.

Wey kowang masak tayar ker masak daging nie..?

Tak dapat lidah lembu yer..apa kata rasa lidah nie dulu.


-TAMMAT-

Regular Damn Kid
"Barakat Salamat"

11 December 2008

CHELSEA TER-MENANG...

Didier Drogba menjadi penjaring terbanyak Chelsea di Liga Juara-Juara Eropah dengan jaringan ke-19 di pertandingan itu yang mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas CFR Cluj kelmarin dan menghantar naib juara musim lalu itu ke peringkat 16 akhir.

Aku pun tak tau camner chelsea bole menang. Tahniahlah kepada peminat The Blues nie kerana team kowang termenang lah pulak.


The supporter
Congratulations to the team and to Rafa. We played really well in the second half and put some nice flowing moves together and scored some great goals. I thought Lucas was great and it was nice to see the young lads Jay Spearing, Stephen Darby and Martin Kelly get a chance.

YOU'LL NEVER WALK ALONE
"Barakat Salamat"

09 December 2008

KALAHKAN CHELSEA...

Juara bertahan, Manchester United serta kelibat juara sembilan kali, Real Madrid, Barcelona, Juventus, Arsenal dan Liverpool masing-masing sudah mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati yang akan bermula Februari depan tetapi naib juara musim lalu, Chelsea masih perlu menanti.

Tinggal Chelsea jer belum mengesahkan diri ke pusingan kalah mati. So apa lagi matikan jer langkah The Blues ini..heh! Aku harap CFR Cluj (Romania) dapat mengalahkan Chelsea dengan K-Rexz yer di Stamford Bridge awal pagi esok. Dan aku nak Fan The Blues nie mengigit ibu jari kaki jiran mereka. Biarkan dia org merana mederita meratap hiba..kakakakak!


Bagi liverpool awal pagi esok games panaskan boot jer. Aku talipon Gerrard dia cakap kalau rafa bagi dia main dia nak try boot yg baru dia beli sendiri sebab sebelum nie adidas sponsor..aku cakap boot apa ko beli gerrard. Dia cakap boot brand fong kiong jer(betul ker aku eja). Dirk Kuyt cakap dia tak bole main pagi esok sebab dia cuba meniru gaya menari di tv astro 'sehati berdansa' sampai kaki dia tergeliat skit.

Nampak nyer ramai player masih lagi bercuti raya..
Barisan Hebat Pagi nie: Reina, Cavalieri, Dossena, Agger, Carragher, Arbeloa, Darby, Kelly, Spearing, Gerrard, Alonso, Lucas, Mascherano, Benayoun, Riera, Keane, Babel, Ngog.

So point utama kita pagi esok (pagi nielah) KALAHKAN CHELSEA.

CHELSEA, ARSENAL, MAN UNITED U SUCK!

YOU'LL NEVER WALK ALONE
"BARAKAT SALAMAT"

05 December 2008

PENAT LETIH DALAM MANUSIA JUJUR

Balik jer bercuti keje berlambak dah standby kat atas meja...ok no hal aku makan gaji heh!.

05hb disember 2008 pukul 10.35 mlm aku dah melintas palang guard kat opis aku. Tiba-tiba brother guard panggil aku..dia cakap aku kenal tak bla! bla! bla!...aku cakap ooooooooooooo kenal. Aku tanya lagi pehal?.. Brother guard tu cakap ader suami isteri nie terjumpa dompet kat JJ keramat. JJ keramat memang baru opening hari nie..so banyak ler kekawan aku pi kat sana. So suami isteri nie buka ler dompet tu dapat alamat yg paling dekat iaitu opis aku lah. Dalam kepala hotak aku yg empunya dompet nie department cetak..last-last aku nengok ic laaaaaaaaaaaa salah rupa bukan brother cetak rupa-rupanya brother stor.

Aku kenal sangat ler mamat nie. Brother guard tu tak brani pegang..aku lagilah tak brani kot2 ader ilang bender lain mana aku tau. Aku pun nak ler call tapi tak der no phone mamat nie. Banyak2 member2 yg nie tak der..isk!..so aku call ler member yg kenal dia...yerlah ilang dompet mesti sedih giler punya. Aku taulah aku pernah ilang seluar yg baru beli pakai pun baru sekali. Aku pun call ler member aku nie nak mintak no phone mamat punya dompet nie. Tak angkat2 takan dah tido kot. Lebih 5 kali nie aku call tak angkat2. call member lain2 pun tak angkat jugak ader yg angkat tak der no phone plak..masa aku call member lain2 mamat yg aku call 5-6 kali tu call. Ader lah miss call aku call balik tak angkat pulak...Iskkk @##$%% wey kalau dah call lebih 5 kali mesti lah ader hal mustahak esok kalau ko ader hal kalau org tak angkat camner? Last2 ader lah satu member aku tau no phone dia tu pun dulu dia keje satu department. Yang lain tak tau oklah tak satu department. Yang satu department pun tak leh harap..ptuiii! Mamat yg aku call yg lebih 5 kali tu pun angkat phone dia cakap "pehal ko tepon malam2 nie" aku pun tak nak call dia malam2 nie tak der pekdah yer. Aku cakap ler nak no phone member aku yg ilang dompet nie dia cakap dia ader. Dia pun cakap nak send kat aku...sampai sekang nie kul 12.30 mlm tak send2...nielah kawan?

Rupa-rupanya ader lagi manusia jujur dalam dunia nie...bukan cam member aku tu tak leh pakai langsung..hampagas punya org.

Regular Damn Kid
"Barakat Salamat"

02 December 2008

KALAULAH AKU TAU...


KALAULAH AKU TAU...ANAK AKU MARIAM NAFEESA MUNTAH DALAM KETA, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...BINI AKU TAK TAU NAK PI MANA SATU JETI, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...ANAK AKU MARIAM NAFEESA MUNTAH KALI KEDUA DLM KETA DEKAT LUMUT,AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...BINI AKU TERLUPA NAK BAWAK KAMERA DIGITAL, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...DALAM FERRI DIA ORG PASANG VIDEO KLIP SHAH RUKH KHAN, AKU TAK NAK PI PANGKOR ( GILA SIOL BERULANG2 KALI TU)

KALAULAH AKU TAU...BILIK KITA ORG TINGKAT 3 (KENA NAIK TANGGA TU), AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...AKU TERTIDO SAMPAI KUL 7 MLM (TERLEPAS TRIP NAK ROUND PULAU..CHESS!), AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...MAKAN MALAM KETAM KECIK2 NASIK KERAS TAK DER KUAH, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...BINI AKU TAK DAPAT LUCKY DRAW TV LCD 32" (TAPI DAPAT VACUUM JER..OKLAH TU), AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...TV DALAM BILIK TAK KLEAR, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...ANAK AKU AIDAN ZAFRAN LASAK SEMUA BENDER DALAM BILIK DIA NAK CAPAI..PASTU CAMPAK MERATA2, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...TANGAN AKU KENA AIR PANAS MASA NAK BUAT SUSU ANAK AKU, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...AKU MENANG MUDAH MASA TARIK TALI (MUDAH BENDER SAMPAI NAK TERCABUT TANGAN AKU), AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...ANAK AKU AIDAN ZAFRAN MUNTAH DEKAT BAJU MAMA DIA DALAM VAN TEKSI MASA NAK ROUND PULAU, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...BINI AKU JADIK BAHAN MUNTAAH ANAK2 DIA, KETA DIA KENA MUNTAH 2 KALI (KEKEKEKEKEKEKE!), AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...MASA BALIK NAK NAIK FERRI BERATUR PANJANG2, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...MASA BALIK ANAK AKU MARIAM NAFEESA NAK MUNTAH LAGI TAPI TAK JADIK, AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...TAK SEMPAT NAK TENGOK MONYET KAT BUKIT MELAWATI (YE KER?), AKU TAK NAK PI PANGKOR

KALAULAH AKU TAU...TORRES TAK DAPAT MAIN BOLA PAGI ISNIN NIE (RUGI POINT TU DALAM FANTASY MANAGER), AKU TAK NAK........

KALAULAH AKU TAU...APA YANG AKU TAU...AKU TAULAH APA AKU NAK BUAT.

REGULAR DAMN KID
'BARAKAT SALAMAT'

28 November 2008

PRISON BREAK SEASON 4..MAKIN DRAMATIK


Aku sarankan kowang nengoklah citer nie. Daripada kowang layan drama2 melayu yg ntah apa tujuannya aku pun tak tau. Asyik2 anak derhaka, cinta tak kesampaian kalau sampai pun mesti ada halangan, lagi lak tu sampai beratus2 episod. Tu pun ada yg layan. Budaya supaya org bersedih berfikir yg bukan2..rubbish! Pastu menari suami isteri ambik duit sms. Lari topik nie..emmm!!

Prison Break yg saper-saper pernah tengok sudah pasti tau kehebatan cerita nie.

Sampai aku nak type pun tak bole nie sebab aku ngantuk. Sebab semalam nengok bola Liverpool vs Marseille. Menang 1-0 tak sia-sia aku berjaga.

Episode 10 Prison Break kali nie bagi aku paling mencabar umpama "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"..Walaupun mat salleh kat saner tak pernah tanam padi.

Akhir sekali pada para2 komen dlm blog aku nie aku ucapkan " Maceh banyak-banyak " teruskan usaha kowang mengomen walaupun tak ramai tapi yg sedikit tulah penawar bagi segala-galanya. Yang tak komen tapi membaca saja pun umpama memberi udara untuk aku bernafas.

Lebih baik aku tido seblom aku meracau tak tentu pasal....Heh!

Regular Damn Kid
"Barakat Salamat"

25 November 2008

CIK ZURA DAH BLAH

Nak bagitau, cik zura memang suka lari2..penat lah yang salu kenal dia, baca blog dia mengejar dia..

Sebenarnye dia cuma tolong buat setting kat sini, so sekang aku dah buleh buat sdiri..camlah aku tak tau buat kan..so Cik Zura dah blah ke blog baru dia...baru lagik??
Ini dia...Past, Present & Future... blog baru CikZura..

Cik Zura tak lepak sini lagik..dia kata tak hingin!!! huhuhuhuhu...

WAR PIGS

Bukan gua nak citer pasal lagu Black Sabbath...tetapi gua nak citer pasal citer baru2 nie. Lu org kenal tak binatang yg namer yer BABI?...Sejak dua menjak nie hangat betul kisah babi nie.

Ada dekat sepanglah dekat melaka dekat kedah banyak pulak babi kat malaysia nie. Setahu gua tak pernah jumpa pun taman2 atau pun kat mana2 yg tepi highway. Tu pun nak kena pergi ZOO baru nampak. Rupa2 yer berlambak binatang tu kat malaysia. Mengapa selama nie low profile babi nie sekang nie banyak citer dekat tv. Macam ada tak kena jer.

Rupa2 nyer babi pun dah terbabit dalam politik negara kita. Untuk menjadik bahan menjatuhkan satu pihak. Mengapa zaman BN tak der isu babi. Tapi zaman Pakatan Rakyat babi jadik isu. Di Sepang babi saner sistematic tapi kat melaka kepala babi pun ader kat laut (kawan gua cakaplah). Sekarang saper giler babi...sebok kat sepang tapi kat melaka aper citer bro? Bukan nak cakap saper betul saper salah yg gua tak puas ati yer tokey2 babi satu aper tak der tindakan. Gua pegi himpunan BERSIH turun jer LRT kena pemedih mata. Pergi ladang babi tokey babi tunjuk sangkar babi pihak berkuasa berundur. Tokey babi dah tau kelemahan org melayu babi apa yg kene mengena babi org melayu akan berundur. Dosa ker kalau pegang babi bole samak lah...abis pukul org, simbah air, sembur pemedih mata kat org tua yg berhimpun tak dosa ker. Lu tua esok lu pikirlah sendiri.

Dalam hidup kita pun kita cakap babi tu betul...tak caya. Apabila lu org marah kat apa2...Lu org akan cakap "Babi betullah" bender tu..Heh!. Maknernya babi tu betul saper salah sekang nie? Gua tak salahkan perternakan babi sebab org cina makan binatang tu takan lu org nak menghalang yer. Saperlah lu org dihati mereka. Tapi biarlah beradap skit hormat org islam....tu jer. Dulu kat ampang ada pasar sebelah jual babi sebelah jual ayam giler babi punya pasar. Last2 pasar tu org panggil pasar babi..tapi itu dululah sekang ok dah. Tu pun ader org komplen...nak tunggu komplen baru halang. Dulu lu org makan ayam kat pasar tu camner citer nyer? Troley kat pasaraya yg ader jual non halal camner? Troley tu jugak org beli babi letak dalam tu...lu org ambik lu org pakai. Duit kita sekang nie berpuluh2 org pegang...isk!

Gua ada kawan cina dia nie suka memancing kalau memancing mau seminggu kat laut. Dia cakap "kita olang cina makan babi sama pompuan tak bole dipisahkan selupa kuku sama isi...tapi jikalau memancing ha...satu minggu atas bot ha makan ikan sama sayur looo tala untung loo...<----gua tambah kasik sedap skit baca. Kita olang tulun ha dali kapai ha kita telus calik babi lo..." Gua cakap itu babi sedap ka....dia cakap sedap..kalau sedap lu makanlah. Dah makanan dia org tak der hak lu org nak halang....

Dan ader persoalan sekang nie...

APA BEZANYA BABI ZAMAN BN DENGAN BABI ZAMAN PAKATAN RAKYAT?....

...'member gua cakap babi zaman BN tak masuk TV tapi zaman Pakatan Rakyat masuk TV.


Apa pendapat lu org tentang persoalan gua di atas....?


Regular damn Kid

"Barakat Salamat"

24 November 2008

KAWANN.. owhh KAWAN

Kawan..oh kawan...

Hari tuh masa balik dari Majlis resepsi one of my schoolmate.. aku terpikir..
Menda-menda yang aku pikir tuh sama lah dalam fikiran abg Jembz jugak..

Abg jembz cakap aku bertuah masih contact lagik ngan member2 sekolah menengah.. padahal sekolah aku tuh kat Ganu sana.. tapi reunion apa ker sume kat kl.. Owh yer.. Sekolah paling mantap dan gelemer lam Teganu.. Sultan Sulaiman.. yang sekoloh laing osoh beng angen ar!!kena terima hakikat Jadi bile dah gelemer mestilah budak2 sekoloh nin sume kerje bagus2 kat KL kan..in fact ramai gok dari mereka mmg asal dari KL.. aku?? budak Jalan Kamaruddin pastuh pindoh ke Medan Jaya jer..

Wokeh intro telah melampaui batasan...citer pasal. kawan.. mmg lah aku cakap, kawan selagi bujang akan berhubungan, aku harap kekal la.. magic nya kawan, bile masa bujang dan dah nak tua nin nin la persahabatan makin erat, kalah masa jaman2 sekolah dulu.. walaupun ada antaranya dah tak berstatus bujang lagik.. aku salute kat kawan-kawan aku...

Tapi, aku rasa ia akan pudar sebaik sahaja kite dah tak de nak menghadiri majlis persandingan sesiapa lagik.. bile sume kawan2 yang dah bujang tukar status kepada 'married' aku rasa lah...sebab aku ada testimoni nya..

Dulu, aku ada sekumpulan kawan baik mmg tak main lah kawan baik soang dua jer ke8-8 oang kawan baik, masa study kat UM dulu, disbbkan abg jembz yang gatal sebab dia dah tua dah pun, aku yang kawenn dulu, walaupun baru umor 23 tawun, so mmg lah best giler, kenduri pertama lah dalam geng, di Teganu sanggup kawan2 aku redah.. lepas aku kawen..dah dapat anak, masing2 dah gelabah.. mule lah mereka yang lain pun kawin satu persatu.. memang happening seh.. tiap tiap coti sekolah syik kenyang makan nasik minyak, pastuh sekang.... sume kawan dah kawen.. ha... kan dah senyap... nak tanya khabar pun susah, masing2 sebuk ngan komitmen masing2.. aku kata kat oang padahal aku lah jugak yang sebuk tahap gaban

So.. berkata ku kepada abg Jembz, sedih sangat dia sebab member2 die sume dah lost contact buat hal masing2.. "jangan risau, saya pun akan mengalami nasib yang sama ngan abang.. bile umur saya cam abang nantila", entahler.. agaknyer abg Jembz lupa yang aku ngan dia generasi lain-lain... aku tersangat muda.. dan dia tersangatlah tua... tapi die selalu kata.. sume oang tak percaya ngan umur dia.. katanye dia awet muda.. dan aku plak awet tua..hehz!!

Apa-apa pun, kawan oh kawan.. persahabatan ini manis terasa pabila kite bersama, tapi bile dah renggang rasanya seakan teh tak cukup gula.. pastuh bile dah lama sangat tak jumpa, dan terserempak kat mana-mana.. dia akan terasa umpama teh yang kelat pula..

Harap-harap tak berlaku pada kita...

Cik Zura
-Hate us or Love Us-

21 November 2008

666 aku 333

Lupakan TOL Lupakan Minyak....Aku nak tanya kowang pasal keje. Kowang suka tak keje kowang sekarang nie. Mesti suka yer tak. Kalau tak suka takan kowang keje mesti duk umah yer layan DVD ker. Tapi persoalannya sekang nie keje kowang buat tu adakah memuaskan hati kowang. Dah nama makan gaji apa yang disuruh kita buat jerlah tapi mengikut kemahiran kitalah takan suruh benda yang tak der kene mengena ngan kemahiran kita. 

Baru-baru nie syarikat aku memasang CCTV ... merata2 ada CCTV ada jer pintu ada CCTV. Mengapa begitu banyak CCTV apsal dia org tak percaya kat pekerja ker? Sebelum kita tuduh syarikat yang bukan2 baik kita munasabah diri kita dulu betul ker kita nie ataupun kita telah melanggar kebebasan yang kita dapat dulu. Tengok cermin sebab cermin takan menipu, apa yang kita tengok itulah kita. Orang lain buat palat kita yang menanggung itulah hakikat yer. Keseronokkan keje bagi aku dah kurang skit...tu pun nasib baik ader main takraw hari selasa ngan khamis dapat jugak kurangkan stress. Semalam hari khamis (20/11/08) aku main takraw dalam hujan seronok jugak main takraw dalam hujan macam org giler...heh! Masa sekolah dulu aku ada wakil sekolah main takraw form 3 sampai form 5 tapi tak pernah pulak main dalam hujan . Kalau tempat lama aku duduk dulu kalau hujan kita org main bola. Nie kalau member2 lama aku tau main takraw dalam hujan mau dia org gelak giler babi punya. Masa aku type blog nie budak2 opis aku masih bercerita tentang kehebatan kita org bermain takraw dalam hujan. Kalau PSM tau nie mau dia org serapkan dalam team malaysia. Panjang pulak aku citer pasal takraw (nie bukan citer pasal takraw ). Setiap kali aku lepark dgn budak2 opis aku dia org bersunggut pasal CCTV. Releklah tak buat salah takyah takut buat cam biasa jer . Takut CCTV buat apa kita nie ha dari kita lahir sampai besar kita dah ada CCTV perhatikan kita...tu lagi kita patut takut. yang aku tak puas ati yer bukan pasal CCTV tapi pasal setiap pintu opis aku ditutup...pelik dah ada CCTV tapi ada beberapa pintu ditutup (macam tak percaya CCTV jer). Manalah tau kot2 ader berlaku kebakaran aku rasa ramai jugak yang kena pijak yang badan2 kecik ler yang badan cam aku nie standard gerak gempur jer. Pihak berkenaan patut fikir balik tindakan dia org tu. Nie yang terbaru pulak aku dengar citer tapi dah dicuba beberapa PC kat opis aku software yg bole lihat apa yg kita buat kat monitor apar ntah nama software tu. Untuk keje pematauan itu ader beberapa org telah dilantik tapi tu bukan persoalannya (aku pun tak tau saper). Persoalannya sekang nie saper pulak nak pantau dia org yg tugasnya memantau keje org. kamonlah wey lu pun pekerja jugak makan gaji jugak cam aku dan kawan-kawan aku...apa barang semua nie!

Aku bukan nak kondem saper-saper kita semua keje nak dapat rezeki halal. Kita sendiri telah merogolkan kebebasan yang syarikat kita berikan salah saper sekang nie? Suka atau tidak itulah hakikatnya org lain buat bangsat kita yang menanggung.

Kalau aku jadik tokey pun aku buat camtu “Duit sampan aku hilang, sampan aku pecah, mata aku lebam”.

Regular Damn Kid
"Barakat Salamat"



20 November 2008

TOL PUN TURUN...

Adei.. betulke kadar tol pun dah turun.. melompat lah sekalian manusia yang salu dok lalu PLUS tol kan... semalam masa kuar berita tol turun tuh sume oang tarik nafas lega lah kunun nya.. yeay..yeay tol dah turun.. apa lagik yang koang nak??? aku dah turunkan minyak, aku dah turunkan tol.. huhz!

Cuba koang baca habis2 dulu, tol bukan turun ye cik kak.. tol tetap gituh jugak... jadi yang jadi regular user Lebuhraya Utara Selatan dan Elite Highway yang terkinja--kinja dapat brite tol turun tuh..tarik balik lah kinjaan anda tuh.. buat semput jer.. buat letih jer.. sebab itu hanya diskaun yang diberi hanya pada waktu malam jer...

Jadi, sebenarnya yang manusia duk concern sangat pasal harga tol yang turut naik tuh adalah bile kite takde pilihan lain nak sampai tempat kije ngan cepat melainkan kena gakz lalu pondok keramat yang memintak duit..supaya perjalanan adalah cepat, sampai kat opis cepat, menjadi pekerja yang cemerlang dan terus dapat naik pangkat...(ada kaitan ke hah?)

Jadi, siapakah yang bekerja pada waktu malam? berapa kerat jer yang kije waktu malam nin..?? jadi apakah sebenar tujuan diskaun-diskaun nin..?apa lagik diskaun pada waktu malam nin? menggalakkan oang berjalan malam ker? balik kampung malam2? atau apakah?

Sebenarnya.. apa koang rasa ek?

Ke aku yang tak mensyukuri nikmat?

Tak jugak kan..?

Barakat Selamat!

19 November 2008

MINGGU AKHIR CIKZURA DI OPIS

Kenapa awok gi cari kerja lain dan benti meninggalkan opis yang dah 6 tahun nin?

My answer : Sebab bermula 5 tahung lepas, saya syik duk kat kontraktor bermula sebagai assistant qs, pastuh setahun kemudian jadi qs plop kat company PMC/Kontraktor/Turnkey Kontraktor bla..bla..bla.. Jadi, saya punye step pasnin.. mmg nak duk di tempat yang selesa, end user/client contohnya, ataupun mungkin juga sebagai penyumbang ilmu... For overall conclusion.. its for my career enhancement...

Okeh... apa pilihan aku kalau tidak berjaya duk di tempat client/end user??

Hehz! Aku nak sambung blajar.. nak buat master kununnya, or whatever related discipline yang membuleh kan aku mengajar dalam bidang nin.. pastuh start untuk jadi penyumbang ilmu...

Apa masalahnya???

Aku ada anak yang comey-comey, yang memang berkelakuan amat santun sekali untuk memberi 'dorongan' supaya aku cepat tidur, cepat melenting dan marah.. dan cepat juga naik hangin kat Abg Jembz yang salunyer buat-buat tak dengar jer time aku marah anak...

Jadi, sesungguhnya usaha murni aku untuk memberi sumbangan di makbulkan Tuhan, aku dah dapat jalan pintas ke arah itu... kerja baru yang aku bakal tempuhi ini mungkin adalah lebih mencabar tetapi disulami dengan pahala-pahala menguruskan amanah umat islam.. Insya Allah

Berlainan dengan...

Kerja aku yang sekang yang mungkin terdedah dengan resipi-resipi tipikal kontraktor Malaysia, yang mark-up situ untuk oang tuh dan mark-up sana untuk oang sini (no,no,no bukan aku.. aku refer kepada industri pembinaan yang tak lari dari situasi tersebut, okay) dan mungkin juga telah termasuk dalam golongan hapa ntah diluar kesedaran kita...

Tapi.. duduk di posisi aku sekang di opis ini setelah 6 tahun, mmg hebat dugaan. semakin kita nak lari dari menda2 yang menyalahi hukum syarak, semakin pulak menda tuh mengejar akuuu... ohhh!! nehi he!!!

So kawan2 ku sekalian, minggu ni aku last kat opis ni. miss giler aku ngan bilik yang baru aku duduk 11 bulan nin, sedangkan bilik dan the whole floor nin team aku yang handle sume nyer termasuk interior.. ikan2 aku?? sekor dah mati dan kejung.. tinggal lagik 2.. dan ada tetamu baru plak lagik 3... aku tinggalkan untuk sapa yang menghuni bilik aku nanti.. ko jaga ikan tuh elok2..nama dia dollah, tipah wak seman, mail ngan abu..herm....

Yang tanya aku akan berhijrah ke mana.. yang pastinya travelling time aku makin bertambah.. sebab dulu Ampang-pj, yang akan datang nin Ampang-Shah Alam...

Organisasi apa yang aku kerja, adek beradek gak ngan comp aku kerje sekang, tapi tempat oang jaga amanah oang...

Aku bersyukur kerana Tuhan memudahkan perjalanan hidupku, berkat kesabaranku Dia bagi aku jalan pintas, tapi aku tetap memohon kepadanya, berkatilah rahmah yang diberikan, janganlah Dia memesongkan hati aku, setelah aku duduk di tempat yang benar....

Wallahu Alam..

-Hate Us or Love Us-

18 November 2008

HARGA MINYAK TURUN LAGIK

Semalam dapat SMS dari member cakap cengginin :

RM 0 KL 17/11:Harga Petrol & diesel kurang sebanyak 15 sen masing-masing mulai esok 18 Nov - TPM Najib Razak / BERNAMA

Hahahah.. bini aku kata dia semalam baru lepas isi minyak penuh. Patut tak ralat sangatlah kan sebab dia pun pakai Viva.. memang jimat minyak..auto sekali pun, memang jimat lagik...

Hah! Aku ingat dulu betulke alasan minyak dunia naik yang nyebabkan kite nya harga pun kena naik minyak.. Sebab kalu ikut logik, kite pun pakai minyak sendiri jer.. ada kat Negeri Kelahiran bini aku tuh, Teganu.

Tapi bila dipikir-pikir plak, punya lah harga minyak naik melangut harituh, sume org marah-marah. bile turun pulak senyap-senyap.. ha ha ha.. padahal bukan senyap sebab apa.. sebenarnya rakyat pun dah mereng mikirkan.. kalu dah harga buleh tuwun..kenapa dinaikkan at the first stage?? Hah..korang mesti cakap sebab depend pada harga minyak dunia kan??Tapi betulka alasan tuh..kaji tengok..

Mereng jugak nak mikirkan..??

Naik salah tuwun pun salah...

Tapi tulah pembangkang yang pintar boleh melahirkan pemimpin yang tangkas..

Makaseh pada Anwar sebab janjikan harga minyak turun kalau dia memerintah..

At least..ini hasilya yang kite dapat..

Faham-faham sediri lah ye..

Barakat Salamat!!

17 November 2008

SEBAB APA AKU TUKAU..INI ADALAH PERUBAHAN

Okay, ni entry pertama dari CikZura yang ayat die agak panjang.. kat blog baru ni..

so kepada kenkawan yg setia duk natap What To Talk About before this.. bakpe ye aku tuko gi kat blog itam nin ek?

Wokeh..gini tau.. aku sebenarnyer mmg dah lama berniat nok tuko layout yang baru utk blog tersebut..kire sukalah aku nin itam camni..tapi meantime aku sayang pulok nok ketepikan blog pink comey tu ..ha..aku kene perasan sekit yer..!! jadi blog tuh cam sopan gitu dan juge citer die banyoknyer pasal aku, femili dan apa sahaja yang aku buat..so bile nok buat entry keras pasal isu-isu semasa cam dok kena je gayanyer kan. Mesti terkanjal sekejap kamu-kamu bile gi blog tuh yang sokmo seblum ni susunan ayat sungguh keibuan tapi tibe-tibe aku wat meroyan plop ceritakan sesuatu yang keras..

jadi kan rasa cam dok feel jer sebab aku waser ge dok lepas beban lam kapla hotak aku nin

Jadi bagi mensucikan blog tuh..aku memang lah dok tutup ke hapa.melainkan tibe-tibe plop admin blogger kata “ko pasal tak hapdet lama blog comey ni?. baik ko tutup skang kalu taknak hapdet...”, ha ha..

So.. blog tuh memang aku bekukan..ke satu masa la... sebab takkan aku tak gian nak naip kat situ nanti kan.. tapi meantime biorle aku nyebuk kat blog abg jembz ni.. kata dia..dia nak berblog tapi takut tadok masa.. aku plop cakap kalau sebulan sekali nok hapdet baik dok payoh, jadi kalu die dok hapdet meh aku hapdet.. he he he..

Ada yang ingat ..mungkin sebab aku tuko kerje baru menyebabkan masa aku terbatas untuk berblog??? oh.. no no no no no no .. tidak sama sekali.. perkara tersebut tidak membataskan aku, kay, sebab aku bukannya hapdet blog time kijer.. pun.. aku pun pandai buat autopublish cam kenkoang jugek.. he he he selagi internet umah aku nin masih hokay, selagik abg jembz mampu bayau bil ntenet nin.. selagi tuh lah aku buleh berblog tanpa batasan... he he he..


So.. welkam le.. kepada sesiapa sahaja, kawan baru dan kawan lama.. rajin-rajinlah lepak kat sinin ek.......


-Hate Us or Love Us-

16 November 2008

TENSION LA..TENGOK ENTRY BAWOH NI..

Dah 2 kali sabtu terlepas Sehati Berdansa.. owhh <---takdak pekdah langsung, saja cari pasal ngan Abg Jembz ..

TV abg Jembz dah pangkah awal-awal untuk siaran bola...seb baik Liverpool menang.. kalu tak lagik hangin aku syik conquer jer kerjenyer.. Dia siap warning kat haku lagik.. jangan duduk kat kusi bertuah dia..

Dia cakap kalau tengok bola sambil baring kat bawah.. Liverpool mesti kalah..

Kalau tengok bla sambik duk kat kusi bertuah tuh.. Liverpool mesti menang..

Ho HO ho... gituk sekali hek..???

Tekanan perasaaannnnnn!!!!

15 November 2008

WE'RE FULL OF CONFIDENCE





Xabi Alonso today admitted confidence is oozing through the Liverpool team after an impressive 2-0 victory at Bolton saw the Reds climb back to the top of the Premier League table.
Goals in each half from Dirk Kuyt and Steven Gerrard secured all three points, as the Reds bounced back from their Carling Cup exit in midweek in perfect style. With one third of the league season now completed, Alonso admits the Reds are exactly where they want to be as they look to sustain their title challenge. "We respect all our opponents but we are confident at the moment, we're playing well, scoring goals and in a good position," said Alonso. "It's important to be towards the top but we know we have to carry on doing what we're doing if we're going to be there at the end of the season. "We should have scored more today and perhaps a fairer scoreline would have been 3-1 or 4-1, but the most important thing is the three points. We have to keep these performances up now."

13 November 2008

TESTING DUO AUTHOR

Okay... ginin..

kitowunk nak testing jadi dua author..
tengok lah jadik cemana...
sebab abg jembz kata die pun nak berblogging kan..

tapi site nin masih lam konstruksi lagik..

belum sampei ke peringkat finishes..

oang kata, jauh sekali lah nak dapat CPC atau pun CF..

Jd ke dok, mengancam ke dok blog nin nanti.. tunggukan hajer....

12 November 2008

UNDER CONSTRUCTION...



Tangan CikZura dah gatal nak menaip, aku tengah tebat membuat design dan sebagainya...

Koang2 tunggu jelah apa akan jadi kat blog nin nanti...

Ini pun bagi memenuhi impian CikZura untuk sambung minat dia untuk memblog..

Tapi dia taknak blog sensoang..

Mari kite tengok sapa yang kena...