19 June 2011

LIVERPOOL - New third kit for 2011-12

Aku pun pelik dari mana pulak datangnya warna biru. Patut pun 70% Fan mengamuk dan mengatakan warna yg seakan akan warna musuh setempat Everton. Mungkin designer Adidas dah ketandusan idea dan warna kot.
Aku mungkin tak beli kot Kit Ketiga nie sebab putih nie pakai kena cermat..aku nie comot skit. you'll never walk alone....


"Barakat Salamat"

18 June 2011

KL GANGSTER

"KL Gangster" mengisahkan tentang Shark (Shamsul Yusof) merupakan seorang gangster yang kejam, tamak. Dalam pada masa yang sama sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) supaya dapat memiliki kuasa serta menjadi 'raja' gangster di Kuala Lumpur (KL). Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur. King dan Malek berkawan rapat. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek. Bagi Shark, Malek punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai( Adi Putra) iaitu adik Malek yang juga gangster serta anak buah Shark untuk menghapuskan abangnya.

Isu kongsi gelap, gangster, ketamakkan seseorang terhadap kuasa dan wang dan isu pergolakan kekeluargaan antara adik-beradik menjadikan filem ini sebuah filem yang tidak bosan dan mudah difahami oleh penonton.

Selain itu, sebagai pengarah, percaturan Syamsul meletakkan Zizan Raja Lawak dalam filem ini sememangnya harus dipuji. Zizan yang memegang watak sebagai Abang Long Fadil, sikapnya yang gila-gila dan konon-kononnya gangster hebat, membuatkan filem ini tidak bosan. Kehadiran Zizan sentiasa membuatkan para penonton tidak kering gusi melihat gelagatnya

Secara peribadi, KL Gangster, mampu mencipta ‘box office’ seperti mana filem Syamsul Yusuf terdahulu, juga mungkin mampu mendekati kutipan untuk sebuah filem aksi lain, Kongsi, arahan Farid Kamil, yang mendapat kutipan sehingga RM 8 juta, disebabkan industri perfileman tempatan yang agak ketandusan filem aksi seperti ini.

Rating Gua : 4*/5*

"Barakat Salamat"

16 June 2011

GREEN LANTERN

Nak kata aku rugi tgk citer nie tak jugaklah...sebab tak derlah teruk sgt citernya. Mungkin sebab aku tak pernah ambik tau pasal super hero nie kot.

Kisah bermula apabila satu space ship terhempas dan satu alien telah memilih salah seorg manusia sebagai pewaris cincin. Mcm biasalah hero blur2 macamana nak sesuaikan diri dan camner nak guna kuasa cincin tu. Dan kalau kowang tak tengok pun takper nak tgk pun takper..!!. So aku tak nak ulas panjang2 citer nie sebab aku tak der apa yg istimewa sgt nak citer pasal movie nie.

Aku pada action pertama dlm masa 20 minit awal aku tertido....(mungkin aku penat kot).

Rating Gua : 2.5*/5*



"Barakat Salamat"

15 June 2011

SUPER 8

Akhir dpt juga gua tgk citer nie..dari minggu ker minggu, memandangkan Green Lantern on de way baik gua layan cepat2....


Citer yer berlaku pd sekitar tahun 1979 di pekan kecik Ohio. Sekumpulan budak2 sedang buat projek mini film di sebuah stesen keretapi. Tiba2 telah terjadi satu kemalangan sebuah pickup dgn keretapi. Dlm babak kemalangan tu gua dah mula gerun...angle kamera sound effect mmg giler seolah2 saper yg tgk akan terasa kat situ (kena tgk kat wayang baru dpt feel). Lepas tu kejadian aneh telah berlaku..anjing ilang, karburetor ilang dan pihak askar bersepah2. Rupa2 yer kerajaan telah buat satu projek rahsia di pekan tu. Dan nak tau apa....pi layan kat panggung. Dan polis kampung cuba carik sebab musabab perkara nie berlaku. So saper2 yg blom tgk...aku sarankan pi tgk...nak kata best ker citer nie aku bole katakan bolehlah, lagi best dari cloverfield dan ader babak bus terbalik lebih kurang mcm babak Jurasic Park 1. Dalam saspen ader lawak jugak, yerlah sebab hero yer sekumpulan budak2.


Pastikan tak bawak budak bawah umur 13 thn...kalau bawak tak bole masuk heh!!. Kalau tgk kat wayang jgn bangun cepat2 sebab ader short film yg budak2 tu buat.


Rating Gua : 3.5*/5*


...."Barakat Salamat"

14 June 2011

BACK 4 GOODz



...gua akan datang...

"Barakat Salamat"